IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Sunday, February 28, 2010

Hulu Rening Yang Mereningkan Keringat. 13 Dec 2009

Program yg terlampau (ikut aku la. sbb jamboree 55km pun x de la sampai 7 jam kayuh). Kitaorg start kayuh kul 9pg dan kuar dari offroad dah hampir jam 4 ptg. Naya jugak rasanya. Aku rasa kayuh 3 jam je tp iklan nya yg sampai 4 jam. Korang tgk la sendiri gambo2 kat bawah ni.

Baru sampai terus setup bike


Umar menggunakan kelebihannya..


Cantik je trail ni kan?


Nazri melayan trail dgn Kona nya


ARB fren, Mr Kong dikejar oleh Jamal Haro

Pergh.. x blh kayuh, tolak je bro.. sapa lak yg tercangkung tu?


Rest pertama..amik nafas ye ke? hehehe


Lepas rest, layan downhill bro.. Azeman dgn Da Bomb Fullsus sedia beraksi.


Alamak, breakdown ke? Bro Rahim jugak yg dicari.. Advisor ARB nih..


Uphill Lagi.. Kayuh jgn x kayuh.. Wardi dh x larat ke?


Ni potong stim sket. Dayat, Azeman, Rahim pun tolak.


Anggoron, Lam & Kong.. Umar pun sama tgh amik angin.. lepak ke2.. ye ke?


Lepas lepak atas bkt, jumpa anak sungai..pergh rider semua layan cross sungai


Tgh layan, jumpa lak kolam air panas tgh2 estet, ada kaum tgh mandi.. kitaorg? hehe


Haa.. korang tgk apa jadi? kat sini mau kat 1/2jam. Lepak ke 3..hehehe


Dah jumpa air.. amik kau.. tolak je la kalau x larat. Lan bangun.. Bravier beb!


Td bukit tahap2.. ni ha.. tahap 3 pulak. Amik kau lagi


Pergh.. sapa yg pengsan tu? pengsan bwh pokok manggis tu.. pandai korang.


Kayuh punya kayuh jumpa lak sungai baik punya... siap mandi lg. Rasanya time ni dah kul 2 pm


Aku dah kata.. suka sgt.. amik bkt ni.. layan lg lepas mandi.. cehhh


Tgk.. Kalau Umar pun dah surrender.. apa lg korang?.. hehehee


Itu la cerita perit jerih ARB riders melayan Bkt Hulu Tamu di Hulu Rening... cukup manis untuk dikenangkan bersama-sama. Ada sapa2 yg nak test trail ni?

Seri Iskandar Jamboree 55km 21 Feb 2010

Seramai 15 org ARB riders yang berani menyahut cabaran iaitu semestinya chief kami Rahim Heckler, Raja Bukit Umar Fuji, Zul Norco, Azeman Da Bomb, Nazri Merida, Jamal Haro, Khairul Nexus,Cikgu Mus Merida, Anggoron Haro, Wardi Nexus, Arafat Nexus, Azlan D/Back dan Ayie Bianchi.


On the way ke Seri Iskandar

Tempat lepak ARB Riders

Semangat bro!! setting baik punyer

Going to CP2

Haro Anggoron meragam pulak.

Haro meragam, Anggoron terpaksa tolak ke CP2

CP3

Sayup je CP3 kat atas tu..

Time Lunch.. dah sampai dah heheehe

Bike dah ready nak balik ni..

Aku pun dah malas nak tulis ni... kalau rajin aku cite detail experience ARB mengharung bukit bukau dan panas terik di Seri Iskandar. Walau apa pun, ARB mengucapkan terima kasih banyak2 kepada penganjur SIT team. Next year buat lagi. ARB confrm turun lagi. Syabas.

Secebis latarbelakang ARB

ARB CYCLING CLUB diasaskan oleh Bro Abd. Rahim Ahmad dan selamat dilahirkan di Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor. Mengikut kata Bro Rahim, ARB ini bermaksud Academy Riding Bicycle so ARB tidak langsung memberi syarat utk rider2nya. Asalkan mempunyai helmet, kasut yg sesuai, kanak2 yg boleh dibawa melayan offroad juga digalakkan. Tak perlu la mereka merempit dgn basikal tak tentu hala.

Selain dari itu, ARB sangat mementingkan teknikal ketika riding kerana trail2 ARB di LTM memerlukan rider2nya sebegitu. Jangan bimbang dan khuatir, Bro Rahim dan Otai2nya akan sentiasa sedia memberikan tunjuk ajar sebelum melayan teres atau downhill.

Jumlah ARB rider sekarang ini sudah menjangkau ke angka 30 orang. ARB juga mempunyai pelapis muda seawal 10 tahun.

Trail2 yang pernah dilayan ARB termasuklah PCP, Kiara, Pertak, FRIM, Hulu Rening, Puncak Alam dan setakat ini sebilangan ARB telah menyertai jamboree seperti Kayuh Malam Burung Hantu Melaka, Monsoon Ride di Gambang dan Seri Iskandar Exploration. Mungkin aku ada terlepas yang lain sebab aku ni pun ahli baru ARB. hehehe

Kalau Hash tu tak terkira lagi la. Macam2 hash/bash yang dah ARB masuk antaranya Antara Gapi, Semenyih, Broga dan Sungai Buaya.

Nak diikutkan ARB ni dah lama cuma otai2 ni low profile. So bila difikir2kan, elok lah aku mulakan blog ARB ni untuk ada rider2 diluar sana sama-sama join kitaorg atau menjemput kitaorg utk test trail2 korang pulak.

Kalau nak test trail ARB boleh call Bro Rahim atau otai2 ARB. Kitaorg sedia membawa korang untuk menguji bike2 korang di trail kami dengan layanan downhill dan teres. Kitaorg pasti korang akan merasa puas dan teruja. Itulah janji-janji ARB.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails