Thursday, September 29, 2011

Kuantan MTB Challenge 2011 - Part 1

Hari yang di tunggu2 dah tiba.. 14 orang registered, tapi hanya 10 riders je yang hajatnya dimakbulkan. 4 orang lagi ada aral yang melintang. ARB berkonvoi ke Kuantan dengan 4 buah kereta dari Tasik Puteri ke Alor Akar. Tempat tido kami kali ini di D'Embassy Residence Suite. Sebabnya.. takmo lagi jadi kes2 lambat seperti sebelumnya. Rider2 lain dh start pulun, awak terhegeh2 nak pakai glove bagainya.. apa barang ni..


Parking di BHP sebelah surau..

Selepas tol gombak, stop jap sembahyang Zuhur di BHP fuel station. Pastu gerak terus menuju ke Temerluh pekena Ikan Patin. Memang ini yang dirancang awal2.. sia2 ke Kuantan kalau tak pekena gulai tempoyak ikan patin ni.. perghhhh... tapi ada lagi yg lebih sedap bro.. sekali kakak tu tanya nak Patin Bakar tak?.. Rizal kata tak payah, tapi semboyan suruh buat gak.. sebab alang kepalang kita rasa lah jugak.. Hahhh tu dia, Patin Bakar yang tak cukup.. tambah nasik lagi brooo... so sesapa nak try g kedai ni..

Tapi kesian kat member 2 orang ni, Haizat dan Izam,  kitaorg tunggu punya tunggu selepas Toll Temerluh diaorg tak sampai2. Ntah mcm mana la korang boleh terlepas exit Temerluh. Dah kempunan ikan Patin. Sebab dah terlepas, kami suruh diaorg proceed ke kuantan dulu, blh tolong check-in kan Apartment.
 Masing2 termenung menunggu si Haizat dan Izam.. perut dah lapo ni

Restoran Selera Patin Bangau.. tangkap leleh kesedapannya..

Patin Gulai Tempoyak

Antara lauk2 lain.. masa ni Patin Bakar tak sampai lagi..

Masya'allah, tak sempat amik gambo dah selesai Patin Bakar..
Nak tau sedap ke tak, sampai tulang pun nak dimakan.. hebat Bro ni, patut kayuh pun laju.

Dah siap makan, kami pun bergerak mencari Apartment D'Embassy.. aisey memang jakun betul la..
Jalan Alor Akar dah jumpa, tapi apartment tak nampak2.. amik ko berpusing2 kitaorg.. nasib baik goodies si Haizat dan Izam dah collect. At last jumpa gak la..

Snap dari balkoni apartment je.. waktu malam lak tu.. hehehe

Ok la D'Embassy ni.. bilik luas, cantik.. hahaha.. building baru lagi.. 
Sampai je terus loading basikal masing2 bawak masuk apartment.


Tu dia.. seronok kan main lagi.. sampai jelaous abg Nordin Ahmad Shah kita.. hehehe..
Pastu masing2 try Jersey KMBC.. cun ooooo.. 
Bergaya Kome yeee... Chif.. ala apsal tak sarung??

Ada pulak yang jadi tukang kasut.. sapa2 nak repair boot blh la anto kat mamat ni.

Udah2 la tu.. dah malam ni.. perut lapo jom poei makan...

Ko tgk sapa yang paling berselera?.. bro ni jugak kan.. patut kuat kayuh..

Yang group satu lagi makan di Tjg lumpur katanya.. tapi kedai mana lak dibelasah bila kedai yang nak dituju2 tak jumpa.. apa la ko Izam, pegi 10 tahun lepas nak gak cari kedai yg sama.. seksa kawan lain yg dah kebulur..


Lagi gambo makan...



Selosai dahhh... hah apo laie, esok nak kayuh jom balik..

Best betul la trip ke Kuantan ni.. geng2 yg  tak pergi (cthnya: KHS, org Itali hijau putih.) jangan la jealous pulak yee.. hehehehe.. kasi bakar sikit..

stop la dulu...kita sambung ke part 2 - D'day .. tungguuuuu

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails