SALAM semua.. hari ahad lalu, 2 Jan 2011 ARB menerima kunjungan sahabat kayuh dr KSCC seramai 4 org. Terima Kasih diucapakan diatas kunjungan saudara Nahar (Aku dan Basikal), Cikgu Saie, Azam dan Zul. Harap korang tak serik kerana banyak pulak pit stop semasa kayuh hari tu.
Seramai 18 riders semuanya termasuk member baru Suhardi (first time kayuh ni) yang nak mencuba MTB. Nampaknya wrong timing la sbb geng KSCC ni semua kuat2 kayuh. So chief terpaksa la bawak trail yang boleh kuar peluh mereka.
8:30 pagi tayar pun bergolek.
Amik dr jauh je geng2 KSCC..
Umar, Wadi, Bain, Faizal, Nizam and Umar junior, Adam
Ni dia Mr. Suhardi, tgh adjust helmet. 1st time kayuh ni.. terkena lak kayuh dgn geng2 kuat KSCC.
Nasib le..
Tak sampai 15 min, Tayar blakang chif stuck dgn rumput berbelit.. pergh ada 1/2 jam stop.
Semua pakat ramai2 tgk.. yg wat keje sorang je.. hehehe macam tgk eksiden kat highway lak
Lega member baru kita dapat amik nafas...
Tempat favourite bergambar ramai2.,. cun wa cakap lu
Lepas layan teres.. nak naik ke Bkt senyap.. lepak lg amik nafas..
New trail, Suhardi. apa ko buek tu... tolak ke.. hehehe
Suhardi cakap, dia bukan penat cuma tunggu org yg x sampai lagi.. mana nak sampai bro..
yang lain dh kat depan..
Masa ni gerabak terpaksa dipecah dua.. sbb x mo kacau mood kayuh puak2 laju.
So 4 riders layan gerabak belakang sbb smember baru dh nak semput.. hehehe
So.. kayuh pada hari tu, geng depan bersama tetamu terpaksa meneruskan perjalanan dulu. Geng gerabak blakang kayuh paling lama. Sampai finishing line kul 1 tgh. Singgah isi air siap mkn tgh hari kat Bt Arang. mengalahkan Jamboree la plak.
Tahniah kepada Suhardi, first time kayuh dapat gak habiskan satu loop 25Km walaupun lebih dr 10 CP. hehehe
ARB harap KSCC akan terus membuat kunjungan, Masih ada lagi trail2 yang menarik kalau sudi bertandang lagi.
2 comments:
Kami tak serik bro.... yang pasti downhill memang gerun tapi menyeronokkan... next time kami bawa ramai orang lagi..
ok... ok.. dtg lah lg biar ramai xpe. dialu2kan sgt!
Post a Comment