Minggu ni beberapa riders ARB membuat kayuhan di luar LTM. Setelah mendapat feedback OK dr 7 org utk kayuh pada hari Sabtu 8/1/11, keputusan pun dibuat. Sayangnya 2 org disaat2 terakhir menarik diri atas hal2 peribadi dan keluarga. So hanya 5 org saja yg bergerak ke Kiara iaitu Chif Rahim, Umar, Din, Atan dan Zaly.
Sampai kul 8:15 pagi di TTDI, breakfast dan bergolek tayar tepat jam 9pagi. Kali ini ARB mendapat khidmat dr rider tegar Ayie Bianchi utk membawa kami semua melayan trail2 Kiara. Utk Atan dan Din ini 1st time experience kayuh kat sini.
Lepas memanjat, leader of the day, Ayie kata tak layan 2K dulu, naik ke twin peak bergerak downhill ke arah Hartamas. Perghh mencanak2 tayar membuat switch back downhill. Lama betul x rasa high class trail mcm ni. Gilo aahhhh..Cerita pun susah gak, kalau nak tau mmg kena try sendiri la. Nak pecah dada pun ada gak bila on the way balik, Ayie ajak layan mission 2K pulak.
Tapi best dapat layan carnival trail downhill. Bila sampai ke parking rasa nak repeat lagi..Kena Layan lagi aarghhh..
Sunday, January 9, 2011
Kiara Ride 8 Jan 2011, ARB+Ayie Bianchi.
Ni lepas twin peak turun menuju ke sungai.
Single trail yg sentiasa ber"canopy" lepas turun terus up..
Leader Of the Day, Mr. Ayie Bianchi
Jumpa anak sungai, layan amik gambo lagi. Masa ride mmg xde chance la nak posing.
Yang ni pun, lepas downhill jumpa titi, pastu kena push terus..up..
Mmg power..
Ni la titi tu.. bukan selalu dpt layan kiara ni. Pelagi amik gambo lagi la..
Macam x percaya lak, tengah2 KL ada hutan macam ni. Hehehe
Terima kasih benyak kat Ayie Bianchi yang bawak kita org layan Kiara.
So sesapa nak asah stamina, technical skill dan kemampuan bike canggih korang, datang la sini.
Tak percaya Cuba la sendiri.
8 comments:
rasa rasanyalah surat layang suatu hari dulu tu bila difikir-fikirkan ada juga kebenarannya. walaupun tak menyentuh sikitpun perasaan aku ni tapi terdetak juga dihati mungkin aku ni salah seorang yang dipanggil mangsa atau lebih tepat lagi mangsa keadaan. Tapi nak buat macam mana ye. dah adat dunia. siapa cepat dia dapat. siapa lambat tinggalla...siapa bising dia gagah siapa diam dia alah bukan nak kata sipolan sipolan. sebab dalam ARB ni A makan R makan B makan R makan A. yang lemah pandang sinis pada yang lagi lemah. yang kuat dah tentu kuat. begitulah seadanya dan tolonglah ingat-ingatkan diri kita ni sesama sendiri demi kemajuan diri kita juga yakni kalau nak seronok-seronok tu biarla sama sama rasa kalau nak bersedih tu siapalah nak tak tahu kalau tak diberitahu. Pendeknya yang senang bantu yang susah yang kuat bantu yang lemah tapi yang lemah dan tak kuat tu janganla dok harap aje! Assalamualaikum.
Hoi kawan kawan, apa cerita ni? Apa sudah terjadi?
*ex rider
apa cite ni? klu aku senang je.. aku kayuh sbb nk sihat dan happy.. ada ramai yg berkayuh lg best enjoy. Ni apa brg merajuk2 ni. Nak kayuh kayuh je la.. x nk kayuh duk diam2. Tak pun, hang kayuh gerek hang sorang2 dlm hutan tu. Bro, aku suggest, hang p cite terang2, bg la cadangan hang yg bernas sgt tu, kot2 org dgr sore hang. Buat apa hang luah perasaan kat sini. Buang masa je. Tp xpe la klu kot2 nk bg hati hang puas tulis pjg2 pun..
betul tu... tunggulah basikal aku kuar...
anony, kalau nak rasa seronok2 tu selalu2 la kayuh sama2..tgk dari jauh jer mana nak rasa seronok tu. rasa sakit hati adalah.
aku x paham la.. dgn nama aku korang selit dlm surat layang. Sapa yg guna xde nama tu pakai nama betul mcm aku ni. Ckp terang2 apa salah aku. Aku nk kayuh je la. Nk enjoy, bg badan bulat aku ni sihat. Salah ke aku join ARB ni? iskkk... Apa yg korang irihati sgt ni? Beskal aku tu dh lah 2nd hand. jgn kata XT, SLX pun x mampu beli. ntahla.. dunia2.. x baik la korg buat mcm ni. Mcm nak memecah belah kan team aje. Klu x suka, korang amik la jawatan semboyan aku. Korang SMS la kat semua, arrange kayuh tiap2 minggu. tanya sorg2 nak kayuh bila?, tanya sapa nak follow.. hah minggu ni korang arrange la.. dh ready bgtau, nanti aku bg semua no geng2 kayuh.. korg sms la kat rider semua. Jgn x larat sudahhh... bikin pening kepala je..gua nk kayuh pun x senang la...
Sabar zaly sabar!!! I think u are a good boy and i know u always be! Jangan ikut perasaan mamat tu. Mamat tu dengki aje kut diatas kejayaan ARB ni, orang mcm ni tak patut dilayan. Biar dia syok sendiri saja melayan perasaannya itu. Kalau aku masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau dia ajak kayuh kita kayuh aje apa ada hal? Kalau dia ajak gaduh fikirla sendiri kita kan dah besar besar ada anak bini.
zaly, jom kita kayuh ramai2 minggu ni..
entah2 dia pun ada sekali kot???
Post a Comment