Salam semua..
Ni kira throwback la, sbb lambat bebenor nak dapat slot dlm blog ni. Sayang gak tak update sebab event ni antara event MTB yang terbaik pernah dianjurkan.
Tak ingat dah berapa ramai ARB yang register tapi yang diberi rezeki dan kemudahan utk ke Parit Jawa pada hari kejadian hanya 3 orang iaitu Rani, Asba dan Zaly. Bertolak dari BTP lebih kurang 12tgh pada 10/2. Guna Kereta Asba beb.
Takde apa yg nak dikejarkan.. drive slow and steady, berhenti kat RNR Seremban lepak lunch, pastu sambung drive. Singgah lagi rumah family Rani, pastu baru ke homestay..
Walauwehhh gila cantik dan besar homestay ARB kali ni..
Corner lot, tanah luas boleh main bola 7 sebelah.. hahaha..
Tunjuk gambo ni dah la.. yg lain korang imagine sendiri lerr.. promote homestay ni bukan dapat duit pun.. kekeke
Petang tu kitaorg cari mee bandung lak.. pastu siap gi Giant cari spek kayuh.. sbb tertinggal kat umah.. beli RM15 je tak yah mahal2, janji boleh cover panas terik, takde la mental sangat.
Ni dia.. mee bandung ori Muor punya... datang sini wajib makan bendalah ni.
Malam nya kitaorg melantak lagi.. gila betul. Gambo lupa nak amik.
Lepas pekena mee bandung kami gi amik goodies lak, meriah kat tapak event.
HARI KEJADIAN
Kononnya macam dah awal, kul 5 pagi dah terbangun sebab geng Azmi dr puchong pun lepak dengan kami. Diaorg kul 4pg dah mandi.. sebab ada geng diaorg target podium. Plan subuh kat tapak event.
Kul 6 pagi punya banyak basikal dah siap parking.. gila la dioarg ni, Marshal cakap kul 2 pagi dah ada start parking beskal.. betul punya nak podium.. perghhh
Tapi kalau korang ni newbie, korang tak yah la lawan pro2 ni..
Jangan la marah.. dia tersasul la tu
dah letak beskal, sembahyang subuh, kita breakfast lak.. sedap beb.
STARTING POINT.
Tu dia, punya ramai..Sesak beb.
AKSI2 KAMI DALAM TRAIL
Teres/drop section mmg cun, tapi susah nak layan memula sebab ramai sgt turun tolak..
Line Clear baru sedap layan sampai ke bawah..
Asba
Rani
Zaly
Menarik trail course yang disajikan.. tapi tak boleh blah la bukit man-man tu. Setup tayar yg agak keras mmg susah nak climbing disebabkan batu2 loose, tayar jadi spin berulang kali, so banyak membazir energy. Bukit2 lain ok boleh layan. Single trail, downhill dan drop section cantik memukau. Aku suka..hehehe
Overall ARB bagi 5 HA, hahahahaha... Thumbs up utk penganjur. Makanan, Tapak Event, Marshall, Crew2, semua very well organized. Bab Medal dan Tshirt, biasa je la.
Lucky draw.. yilekk.. ARB sorg pun tak dapek..
Cuma dapek gambo dengan women champ, June aje.. jadi la kan..Tahniah June
Abis lucky draw kami balik ke homestay siap2 mandi sebab nak gerak balik Rawang semula.
Sebelum tu, singgah dulu kat sini buat bekal utk awek masing2 dirumah. hehehe
T. Kasih kepada semua yang terlibat dlm event ni..
Tahun depan InsyAllah ada rezeki ARB join lagi.
Kayuh ON bro..
1 comments:
hi
USIM Mini Fund Jamboree'17USIM Mini Fund Jamboree'17. 7 sukan. Komunitiwww.facebook.comDatanglah beramai-ramai ke Usim Mini Fund Jamboree '17 untuk merasai pengalaman berbasikal yang menarik sepanjang 20km track offroad dan onroad Usim. Beriadah sambil beramal. "Fun with Fun"
Untuk pendaftaran boleh layari :
www.bikeaway.com
Dapati info di:
Ig : @usimminifundjamboree17
FB: https://www.facebook.com/usimminifundjamboree17/
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi no yang tertera :
Azizi - 0173208370
Aina - 0145346716/0172155430
#usimminifundjamboree17 #fundwithfun #cycling #cyclistmalaysia #ultron #kelabbasikal
Post a Comment