Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.
Mula2 nak minta maaf kat kawan2 sebab cerita dah basi baru nak kuar kat blog. Tak kisah la, nak baca ke tak nak terpulang.. aku letak jugak.. penat oo kayuh, rugi tak masuk slot.
So setelah dirancang2..pada mulanya tak de la ramai, beberapa kerat saja yg kata OK.. tapi bila pada hari kejadian.. eh.. eh.. ramai jugak yang follow. Aku rasa ada yang mmg jenis malu2 biawak. Dalam wassap sojuk, bila kayuh laju... hampeh betul.
Ada juga geng2 dari luar yang follow.. T.kasih jugak la sebab sudi nak follow. Sebenornya, ni kayuh sesaja je internal ARB, tak de niat nak open pun. Sebab kalau open, tetiba berpuluh2 yang nak join, pecah kepala gak nak handle masa kayuh.. malas nak susahkan diri dan pening kepala beb.
RV di Petronas Bandar Tasik Puteri.
Antara LCT yang turut serta utk menyeksakan diri,
Tabik spring kat geng Ladies Cycling Team. Nampak lemah lembut orangnya, tapi semangat kental Mental kuat, Ni kalau aku pewaii.. malu beb, mau sebulan gantung beskal.
OK, tak silap (sbb dah lama, lupa la kann) Tayar golek hampir jam 9pagi, janji 8:30pg konon.. Tak banyak CP, berenti sekejap bawah flyover LATAR selepas Ijok sebab Wak dari Country Home tunggu nak get together di sana. Pastu hayun kayuh terus ke kaki bukit Melawati.
Stop jap, jumpa wak dan konvoi bersama.
Sudah tiba di kaki bukit. Tuan Daud the paparazzi..
Sweeper Bro Farif pun dah sampai..
Relax jap sambil menunggu rider2 lain sampai sebelum panjat bukit untuk posing ramai2 nanti..
Dah sampai atas.. tak bagi chance la.. posing terus.. kekeke
Yang gegurl tak payah disuruh.. acara wajib
Anke, Wak dan Abg Rasid..kuat betul otai ni..
Anke, dan wife dan Janna Non. hehehe
Bagus la Kak Ija Manager LCT ni, siap beli nasik lemak bungkus utk makan beramai2 kat atas..
yang lain semua tak leh harap.. hahaha
On the way Balik..
Boleh pulak jumpa org tgh shooting drama, posing lagi la,. yg kelakar crew2 tu pun nak bergambo dgn geng basikal jugak rupanya.. hehehe
Dah sampai Btg Berjuntai.. singgah kedai top up air, Tokey Isagenic kat atas tu..
Man, lain kali kalau duduk depan jgn buang angin, tak bernafas aku tadi.. boleh krem dada tau..
wak pujuk abam man selepas membebel tadi..
Power la korang.. lepas ni training lagi, bagi mantop, jgn makan tido je ,..hehehe
hah, tu dia stats kayuh ke Bkt Melawati dari Tasik Puteri, takde jauh mana pun.. cuma balik tu mental kena kuat sikit la.. sebab panas rentung, air kena minum lebih.
Alhamdulillah, pegi dan balik takde benda2 buruk berlaku, semua selamat tiba. Gambo banyak, klu nak tgk g masuk FB, group ARB.
Ada rezeki, next time kita buat lagi, espcially utk rider2 yang tak dapat follow hari tu.
Terima Kasih semua yang terlibat,
Keep rolling Gengggg!! senyum2,..
0 comments:
Post a Comment