Thursday, July 14, 2011

Nature Fun Ride-Ligamas Hash 10 July 2011, TERBAIK BRO...


Sempat jugak ARB menghantar wakil seramai 7 org untuk event ride kali ni. Alhamdulillah, semuanya selamat pergi dan pulang. Dan kali ini Tuah Rezeki agak menyebelahi ARB di mana 5 dari 7 rider mendapat hadiah lucky draw. 

Sebelum event bermula, biasa la.. kena breakfast dulu, tapi agak hampeh kedai mamak ni. Terkejut kot tetiba je ramai org. Pahtu masing2 tak sabar nak mentekedarah..







Adam(anak Umar), Cikgu Mus, Zaly, Umar, Rizal, Rahim. Wadi dan Azmi tak tau mana pegi.. 
TQ kepada Cik Nasir KSCC atas 2 photo di atas..

Haaa.. dah start offroad dah..manyak syiok..

Tengah syiok panjat Chif pulak sibuk nak cari tandas..
Sebab chif kata santai.. kena la tunggu ye tak? hehehe


Masa ni takde hal la.. setakat bukit sikit-sikit kita kayuh je..
tapi lepas tu.. mmg betul dia kasi bukit saja.. 
anyway lepas penat lelah naik.. dia punya downhill pun perghh
meleleh la air liur melayan.. lupa diri terus..



Sampai sini jumpa Wadi tengah layan blues..
sekali turun beskal.. keliling penuh dgn durian.. nasib baik basikal aku takde bakul. Selamat ko durian.. 
Tengah layan rider menolak, ternampak chif slow2 je tolak beskal.
Aku pk dia nak lepak jap rupanya sambil senyum dia blah je.. 
pinjam ayat jap.."santai apekejadahnya ni"
CHif tinggalkan aku siottt.. tak patut.

Aku pun gerak la dengan Wadi.. wadi kat depan.. tgh layan downhill nak sampai ke anak sungai
aku dengar rider2 jerit " rider down..rider down.."
Alamak.. sapa plak ni.

Rupa2nya.. member ARB, Wadi yang kat depan aku yg down.. alamak bro.. Sebab member suda down, aku lupakan hajat nak cucuk chif la... hahaha..
Masa tengah menemankan wadi, Dr Raja salah sorang hidden marshall pun sampai dan merawat Wadi. TQ Dr. Raja.

Sungai ke3 kalau tak silap aku.. air agak deras.
Preparation memang mantap.. siap ada tali dan marshall pun ada membantu 
mana-mana rider yang agak gawat nak melintas. hehehe

KISAH SELEPAS TAMAT....

Sampai sini aku pk tak habis lagi.. rupanya dah tamat.. 
rasa mcm tak puas lak..hahaha.. 
tempat tamat memang menarik, jambatan gantung menunggu tu..

Bersedia nak basuh, tetiba air takde sbb mamat mana pegi langgar
paip dr water tank.. sudahnya basuh kat sungai je..

Makan time.. terbaik.. siap ada bubur durian lagi..

DJ terbaik.. caya la 

Orang kuat KSCC.. Cikgu Nasir..

Koleksi hadiah yang berjaya di rampas oleh ARB..
Helmet pengubat duka Wadi..

MALAM ESOKNYA..POST MORTEM

Chif menjawab segala pertanyaan atas soalan
"kenapa chif tak ride santai?"

Apa pun.. pujian kepada Ligamas, Procity MTB dan TM Bikers. Satu lagi sejarah dalam penganjuran MTB.
Semua rasanya berpuas hati, sebab:
1. Tiada Bayaran dikenakan.
2. Trek Yang Cun.. tido siap termimpi2 downhill, bini pun terkejut.. hahaha
3. Dapat Makan free.. sedap plak tu.
4. Ada lucky draw, hadiah kira high class tu...
5. Marking, marshall pun cun..

Syabas!!!! Sapa lagi mau buat mcm ni... cepat2.. kitaorg nak join ni... hehehehe

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails