Assalamulaikum..
Alhamdulillah.. puasa sebulan pun dah lepas, raya dikampung pun sudah lepas, tinggal nak beraya dengan saudara-mara, jiran-jiran dan sahabat handai di rumah masing-masing je. Tapi tengah-tengah mood raya pun, kayuh kena jugak dimulakan bila badan mula terasa berat dan malas..
Perut pun dah makin bertambah2 berlipat. So kalau dah berlipat-lipat nampaknya kena pecahkan yg berlipat tu.. tapi nak pecahkan terus takut pengsan plak, jadi kita buat slow2.. kita kasik retak je dulu..Tu yang jadik tajuk retak babat. Babat ni kalu sapa tak tau maknanya perut la.. tak caya tanya orang jawa.. hahahaha..
5 riders je yg join untuk mula kayuh selepas raya ni.. walau pun 5 org, tapi ride memang sempoi. Fun dan enjoy sambil melayan perut yang mula retak, dan peluh yang turun menjurai-jurai.. pergh badan terasa segar dan ringan sambil menikmati pemandangan yang cantik. Chief Rahim lak open lagi secret trail. Memang cantik trail baru ni.. cukup dengan climbing sesedap rasa, downhill, single trail bercanopy.. layan kayuh sebelah tasik. Memang enjoy la aku cakap. Sesekali cross air, fuhhhh syok dapat ride mcm ni bila dah lama tak kayuh. Cakap banyak tak guna.. enjoy the photos!!
Ride info:
Riders: 5 org - Rahim, Din, Azman, Zaly dan Fuad.
Tayar Golek: 8am
Jarak Kayuh: 25km
Rest time: 45min( Minum dan kena roti kat Bt Arang)
Tayar berenti: 11:30am
Monday, September 20, 2010
Kayuhan "Meretak Babat" 19 Sept 2010
Rider2 tegar ARB dr kanan: Rahim, Azman, Din dan Fuad
Take 5 sebelum up to the hill.
Open area sebelum masuk ke canopy.. mcm kayuh kat gurun
Menuju ke technical uphill.. mendaki sambil mengelak batu. Mmg power
untuk meretakkan babat.
Aiseyy.. dlm gambar apasal x nampak batu ni?
Masa ni mcm2 plan dlm kepala ada yg nak mancing la.. mandi la..
Eh.. azman nak terjun la.. hahaha
Apo kono la si Fuad ni.. sampai tergelak chief..
Thank You Kawan-Kawan...
4 comments:
dapat tambah ilmu bahasa hari nie... babat = perut.
tq
Kalau org kata nak makan babat..maknanya nak makan perut lembu.. sbb dah sinonim bila ckp babat.. perut lembu.. tp mmg babat tu maknanya perut.
Cip zali dan Din....kurusnyer...kah kah kah...
Gambar saya takde dlm ni anke.. mana tau kurus?
Post a Comment