IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Wednesday, May 4, 2016

OTAI 4 MTB Challenge - 1 May 2016


Salam Geng.. fuhh lama betul tak mengarang. 
Almaklumlah, makin tua makin bnyk komitmen.. namun kayuh tetap kayuh selagi badan masih mampu.

Alhamdulillah, selamat dah event OTAI4 yg ditunggu2. Berjalan dengan baik dan lancar. Cuaca turut membantu. Memang sedap layan trail OTAI4.

Anke dan Apen

Asba,

Kali ni ramai.. dengar ceritanya hampir 1600 riders yang turun. Trail boleh dikategorikan fast trail. Siapa2 yang laju tu mmg syok pulun. Tapi sebab ramai, masa on road kena hati2 jugak. Silap2 berlaga basikal boleh rebah.

Dalam Trail

Bukit apa ntah.. tak perasan lak sign2 yg diletakkan sebab ramai sgt rider, fokus menolak je.. hahaha

Ni pun sama, sempat la bergurau dengan OTAI2 yang awet muda.. no plat kategori 45 ke atas, tapi kulit putih gebu.. tanya apa rahsia awet muda, malu2 pulak nak jawab ye.. patut la berdesup2 ko kayuh.. hahahaha

Suka dengan view ni.. aman damai rasanya..


Masa ni stop jap sebab ada rider crank tercabut.. mintak pinjam tools.. 
no prob.. tapi bila tgk muka si Malik senyum je potong sayur.. terkilan plak..

OO lagi satu, sbb dah lama tak layan event lupa nak bwk extra getah utk ikat botol air, Next time kena ingat otherwise, tukar bottle cage yg betul2 grip. 2 kali botol air tercampak sbb layan downhill punya pasal..

FINISH LINE

Ada bomba.. nak basuh beskal boleh juga

Ramai betul yg Q nak makan kambing golek


Sudah dijangka.. Tahniah Abg Rashid atas podium di OTAI4.

Tahniah kepada Otai2 yg lain yg telah berjaya ke Podium.. semestinya menjadi kenangan manis.

Tahniah juga kepada Penganjur yang bertungkus lumus menyediakan trail, signage2 yg menarik utk dibaca.. dan juga habuan makanan yg sedap2.

Last sekali.. Tahniah kepada rider2 ARB jugak.. you rockk brooo!!

Tuesday, March 8, 2016

Throwback 2015 - Selangor MTB Challenge 29 Nov 2015

ARB dan LCT di Selangor MTB Challenge.

Posing sebelum golek, Lama sangat tak up post ni.. dah lupa berapa ramai yg join.

Ada beberapa peristiwa, antaranya:

1. Siti Hajar (wife Bain daaa) No 5 kategori wanita. Podium wehh.. Tahniah LCT!!


2. Berita kurang baik, Sofia LCT lak terjatuh, Trek licin mmg kena berhati2. Calar dah muka..
Tp jiwa kental.. senyum saja..


Otai Farif, turun juga utk support LCT - risau betul dia, mmg penyayang orangnya 

Is.. turun guna plat ibunya.. heran penganjur bila sampai fnishing line. tak boleh nak claim hadiah,, hahaha

Berselut habis.. nasib baik ada bomba

Tuan Manager LCT dan Assistantnya.

Tamat sudah.. pengalaman berharga utk LCT kali ini.

Boleh buat bekalan utk next event.

Keep Rolling!!

Wednesday, November 18, 2015

Kayuh Hijrah Kundang/Kuang - 8 Nov 2015

Salam kepada semua Kaki Kayuh..

Ahad 8 Nov 15, Kebanyakkan ARB + LCT semua menyertai Kayuhan Hijrah yang dianjurkan bersama oleh Geng Kayuh Gerek Cikai. Bermula di perkarangan Masjid Nurul Yaqin Kg Melayu Sri Kundang. Tayar Golek pada jam 8:30 pagi. Kayuhan Hijrah ada 2 jenis kayuh iaitu Sentap dan Santai. Santai Onroad 25km, Sentap Offroad 17km sahaja. Hampir semua ARB dan LCT ke laluan Sentap.. perghhh apa barang layan santai2 ni ye tak? Sumbung tak hingat korang ye..

Memang A++ la geng LCT ni, sangat sporting dan aktif. Aku musykil ni, menari pun wajib pakai helmet ke? Maaf sekadar bertanya je ye..

Dari perkarangan Masjid, kayuh on road menuju ke Bukit Tadun. Masa climbing ni memang macam ragam.. tu yang leka duduk atas nak tengok rider2 lain memanjat.


Respect dengan pasangan LCT ni, Sidek dan DD, 7 speed je tu oii, tarak hal punya sampai puncak.


Hakak duaorg ni pun siap senyum lagi.. mantap sudah.

Kat atas bukit Tadun ni la dapat jumpa ramai geng2 kayuh, BTP16 ada, YCC, SBOT..

BTP16

LCT

SBOT dan Prima Riders

Turun dari Bkt Tadun ada drop teres.. sapa yang suka technical memang makanan dia..
Yang tak biasa, play safe la.. jangan membahayakan diri.
Lagi pun trail memang licin dan berselut sebab hujan pada malam sebelumnya.


Rizal kata dia 2 kali tergolek.. luka di pipi dan kening akibat downhill licin..

Kang Azlin kita layan santai je.. sebab bawak wife dan anak kayuh. 

Ni lak geng2 GSJ..

Kak Indah yang gigih.. Belakang tu kalau tak silap wife Zazhar YCC.


Sebelum masuk terowong, kita layan pisang jap,.

By 11am, hampir semua ARB+LCT dah sampai finishing line.. nak tunggu makan kul 12:30tgh, lambat lagi. Ada yang balik terus ada yang ke kedai makan. Sedang makan, dapat panggilan collect hadiah sebab ARB hantar penyertaan paling ramai.

Terima Kasih Tuan Presiden Gerek Cikai..

Kebetulan masa ambil hamper, makanan pun dah tersedia untuk diambil, Tengok gulai kawah kambing.. pantang jumpa ni.. dah makan nasi ayam berempah tadi pun beratur lagi, apa taknya badan mcm kena pam.. diet apa ke benda ni beb..

Tu Diaaa... Gulai Kawah Kambing oii

Bersama Rizal dan Oren.

T. Kasih dan Tahniah kepada Team Gerek Cikai yang menganjurkan kayuhan Hijrah ini.
Ini kali ke2 ARB ke trail anda.. yang pertama semasa kayuhan merdeka.
Korang memang best. Marshall, trail marking cukup.. siap ada marshall yg berkayuh bersama2 rider.
T. Kasih kepada Oren yg menjadi org tengah utk mendaftar dan pemberi info2 penting.utk ARB.  

KIPIDAP and DONDEBAB.. eh.. DONGIBAB semua..!!

KEEP ROLLING GENG!!!

Friday, November 13, 2015

Bukit Senyap, Bukit Leleh, Menara, Downhill Batu, Bukit Masyuk 2 Beradik.. 31 Oct 2015

Kayuh hari ni meriah sebab ramai Champ yang turun.

Gerak dari Salem kul 8am, pastu slow2 warm up dalam 3km layan trail landai.
pastu baru kita naik bukit senyap..




Ni dia Azli Scott Fullsus..Otw ke Bkt senyap semua senyum je.. kasi downhill dulu

Kim dan Atan ..

Ni downhill dari Bkt senyap .. 

Ni dah lepas panjat Menara.. .

Pemandangan cantik dari atas Menara

Sayangnya 3 org Kim, Atan dan Azli tak dapat follow sampai habis .. so dari menara,
Hj Umar, Zaly, Kang Azlin, Otai Farif dan Taib meneruskan perjuangan ke 2 beradik


Nak ke 2 beradik kita layan dulu downhill batu .. pergh betul2 fork dan tayar kerja keras ..

lama betul tak layan downhill batu ni

Bergambar sebelum panjat bukit masyuk lak.

Masyukkk ...

Selepas bkt ni, kita menuju ke Agro, tapi trail banyak dah kena sondol dengan bulldozer.. Tanah jadi lapang mcm padang jarak padang terkukur.

Anyway, sedap kayuh hari ni,.. turun naik turun naik.. tak perlu jauh2.. 30++km je dah cukup.

Selamat Berkayuh semua..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails