IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Tuesday, October 6, 2015

Plentong EPIC Ride 2015 - 03 Oct 2015


Salam geng MTB,
Dari 9 org registered, 7 yg dapat pergi, itu pun sorang tu last minit dipermudahkan urusan.
7 org, 3 buah kereta bergerak secara berasingan dari Rawang Ke Plentong Johor.

Last kereta, pukul 1:30 pagi baru sampai homestay.. mmg keje giler ni.. tido 3 jam.. esok nya nak lenjan 70km.. kalau road takpe gak.. ni Epic ni oiii..
So kali ni yang menyahut cabaran Bro otai Azlin, Atan, Otai Farif, Malek, Kamarul, Izam dan Zaly.
Actually ni 1st time ARB join Plentong Epic Ride walaupun Epic Ride ini sudah diperkenalkan sejak tahun 2010. Tahun ini edisi ke 4 selepas, 2010, 2011 dan 2013. Edisi ke 5 akan datang pada tahun 2017 insyallah.

Di depan Homestay b4 bergerak ke Starting point.

Di Depan LOGO EPIC Ride 2015

STARTING LINE
Menunggu flag off, Dengarnya hampir 900 riders

DALAM TRAIL

Abg Farif di depan..


Laluan bercanopy.. mmg cun

Patut boleh kayuh.. terjebak menolak ni,. naya duduk belakang2 ni..

Jem lagi bila nak masuk single trail

Diselang seli jugak dengan cross paya dan sungai,, pasir halus

Sungguh mantap single trail.. tapi tak best bila ada rider stop.. potong stim

kena cross anak sungai lagi.. jem lagi bahh


Menuju water station.. tapi kena panjat bukit pencawang kemudian downhill dan cross sungai lagi
Malek senyum je..

AKSI-AKSI ARB

Abg Farif

Zaly

Kamarul

Atan

Izam

Bro Azlin.. apsal la jauh no snap gambo ni..

Lagi Aksi2 menarik..


Photo yg paling ohsemmm .. terbaek & terima kasih kpd sniper.. jasamu dikenang bro






ARB salute kat Cyclemotion/Penganjur atas hidangan trail yang betul2 mantap.. nak cerita pun susah, hanya sapa yang pergi dan berkayuh tahu perbezaan Plentong Epic Ride.
Kali ini Epic ride dihidangkan dengan 2 loop total 70km, Setiap loop sepanjang 35km. Untuk meneruskan ke 2nd loop rider kena habiskan 1st loop b4 11:30am.
Hampir 95% Offroad dan mostly single trail.. Ohsemmm wa cakap lu.. naik muak beb.
Bayangkan laluan single trail getah, bermain dengan akar, tanah gambut yang basah.. kemudian diberikan technical trail yg ohsemm.. ala2 PCP.. keluar sebelah tasik dan tanah lapang..
Seriously, Kami respect sama penganjur. sanggup diaorg buat trail sebegini sejauh 70km.
Dengan bayaran hanya RM50. walauwehhhh..
Ini baru betul MTB Jamboree yg terbaek.

Tahniah kepada 4 org rider ARB yang berjaya conquered Plentong EPIC Ride dan di isytiharkan Hardcore MTB rider oleh penganjur.. 
iaitu: ATAN, BRO AZLIN, IZAM DAN BRO FARIF.
Lagi 3 org tak sempat nak kejar cutoff time akibat leka duduk belakang menolak dalam jem..
takpe.. dah rasa, kalau ada rezeki dan umur panjang kita henjut lagi 2017. Teruskan usaha lagi,

OFF to Rawang
Petang rehat jap.. malamnya 5 org gerak balik semula ke Rawang.. on the way back pekena Mee rebus Tulang di ZZ restoran.
Sedap betul Atan menyedut


Tamat kisah EPIC 2015..
Ok Geng... korang kena try event ni.. cubalah.. kayuh mmg penat, tapi puas tak semestinya dapat..
Nak puas.. ni dia PLENTONG EPIC RIDE!!

KAYUH ON! ON!

Friday, September 25, 2015

TGU Mini Jamboree - 13 Sept 2015


Salam geng MTB..

Orang lain semua dah cerita event baru, ARB baru nak cite kisah TGU tempohari.
Kali ni agak ramai juga lah yang join ke TGU iaitu 24 riders. Almaklumlah, event tak jauh dari rumah, kena lah join. Tahun lepas dah pernah pergi, trail TGU ni mmg enjoy.. seronok kayuh.

Dari pengalaman tahun lepas, kami ARB memberi galakan pada team BTP LCT untuk mengambil pengalaman dan rasakan sendiri seronoknya berkayuh di Jamboree.

Alhamdulillah.. kami tabik dengan LCT ni, belum cecah umur setahun, muda trang tang tang, 1st time join jamboree, seramai 18 orang LCT (kalau tak silap), semuanya habis berkayuh tanpa mengambil jalan "ayam" atau chicken.. caya lah LCT. Berkat kayuhan konsisten setiap minggu road dan offroad, memang dapat habiskan kayuhan tanpa ada masalah.

Antara rider2 LCT, Den takdo gambo semua rider LCT lorr.. pinjam yg ini je la


Sebelum Golek.. Abg Mail dan Izam.

ACARA BERMULA



Bukit selepas kebun sayur

CP1 selepas perumahan org asli

CP2 di puncak bukit dongibab.. ada ke nama ni? hahaha ni semua Rani Kulop punya pasal

SELINGAN


Kayuh punya kayuh, terjumpa Bro Azlin.. tayar pancit rupanya.. relax jap tunggu


Pastu kayuh punya kayuh jumpa lak Wak Ghost tgh sorong beskal anak dia..
Anak dia sudah terlanggar buah tandan sawit.. buah tu dah tergolek tengah jalan.. gagal elak,
Tayar pecah, RD patah.. Bapak mithali, wak bg beskal dia utk anak kayuh.. dia tolak beskal anak.. sementara tunggu rescue datang.

AKSI-AKSI DALAM TRAIL

Izam

Saad

Tuan Daud

Malik dan Kamarul

Pergh Izam lagi..

ni je la.. yg lelain tgk FB ekk.... hehehe

SELEPAS GOLEK.

Woii.. seksi nya.. 

Tunggu no tak naik2 ni..

Azlin, 2 kali pancit.. tayar dia la.. orgnya mcm tu jugak..

Anak Abg Farif dan Kak Long LCT

Santai... terbaek la korang

Lucky Draw ni.. no den tak luck pulak kali ni...

OK geng.. T.Kasih semua atas kerjasama dan komitmen masing2 dlm xtvt kayuh ni.
Terima Kasih pada penganjur.. penganjuran yg lancar, marshall OK, Trail OK..
Best.. teruskan pengajuran..

Semuga Terus Aktif..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails