IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Monday, September 14, 2015

ARB & Super-friends - Merdeka Ride 31 AUG 2015


Salam kawan, alamak geng, sorry la, lately ni Semboyan agak busy nak update blog ..

Cerita Merdeka Ride ni dah hampir 3 minggu baru nak up. Anyway, berkat merancang bersama Oren dan kesudian geng2 kayuh di Kuang, Gerek Cikai dan Kurik Lejen, maka tahun 2015 ni, ARB merdeka ride kita layan trail Kuang.. Dari ARB hampir 20 org. Campur dengan team2 lain, hampir 50 org berkayuh pada hari tu... best, meriah.. terbaek semua
Orang kuat kita pada hari kejadian.. T, Kasih Oren!!

Sebelum golek, kita makan kasi kenyang dulu.. baru ada power, hehehe

dah start golek ni.. mula2 trail mmg layan.. kuar masuk tunnel

Relax jap.. tunggu kawan2 yang lain.

lepas layan offroad, trail membawa rider keluar disebelah tasik biru.. cun

Pastu menuju ke arah bukit Tadun.. Layan Climbing .. pergh.. sedapp

mana yang dah sampai awal, siap berkelah lagi..

Man of d day.. Oren aka Chief Marshall

Yus, lama sgt tak kayuh memang krem kaki

Posing lagi di Bukit Tadun.. bukan senang nak sampai sini kan??

Di pertengahan trail, lepas turun bukit tadun, layan teres, pastu jumpa trail batu kerikil besor..
Kalau jatuh mmg parah ni.. nasib baik kawan sorang ni dah slow.. tapi jatuh jugak..

Take 5 tunggu semua berkumpul semula selepas xcident.
Yehaaa

Part last ni memang mengancam.. Oren kasi kitaorg layan bukit 3 beradik katanya,,
Layan kan aje.. mmg sedap dada rasanya.. dah la panas terik..

Ni semua menunggu giliran nak layan 3 beradik.. jgn termenung lama2 bro,,
kita henjut je.. tak larat tolak la bro.. hahaha

Alhamdulillah, semuanya selamat, berbaloi datang ke Kuang..
Layanan Tuan Rumah yang sgt baik.. ada geng2 yang bermotor mengiring kami berkayuh,
dah rasa macam VIP lak,, 

ARB sangat2 berterima kasih kepada geng2 kayuh di sana.. Oren dan rakan2 yang lain.
terima kasih banyak2 bro.. ada jugak2 kawan dr luar yang belanja pisang dan jajan..
Korang semua ohsem dan trail pun ohsem jugak,.
Insyallah ada rezeki kita kayuh sama2 lagi..

Kipidap geng!!

Monday, September 7, 2015

ARB + LCT ke arah Naga 23 Aug 2015


Salam Geng,
Semalam layan road ke Unisel, hari ni Rani dah buat appointment nak bawak LCT gi training offroad.. mau layan sampai CP1, ARB Green Ride pastu ke Banglo, offroad terus ke BTP.
Memang meriah, ramai LCT turun mengayuh. Dari ARB, Zaly, Bain, Rani, Abg Mail, Fendi dan Tuan Daud

Abg Rani kita.. Leader of the day.. menuju offroad


Meriah.. 


Barisan Rider2 LCT, respek sama mereka kerana berjiwa kental..

Ini pula aksi si Bain melepaskan geram.. kekekeke

Otai ni.. jgn dibuat main.. diam2 ubi berisi, diam2 perut berangin tu. perghh

Org kata malang mmg tak berbau, tak menjadi rancangan hendak membawa semua LCT menawan hingga ke kepala naga.. Chip LCT, Kak Ija aka Kak Long terjatuh ketika downhill.
Namun ketika blog ini ditulis, Kak Long sudah semakin sembuh.. Alhamdulillah.

Tempat Kejadian..
Kak Long dibantu oleh LCT yg lain. Dipapah keluar trail.

Kita Merancang, Tuhan yg Tentukan..
Insyallah ada rezeki, sampai la semua LCT untuk menawan Naga.

Harap Kak Ija tak serik dan semua LCT masih kental utk berkayuh.
Kipidap & Dongibab semua.

Wednesday, August 26, 2015

BTP - UNISEL 22 AUG 2015


Assalamualaikum wbt.

Lama betul tak update sejak Ramadhan sampai la habis Syawal. Alhamdulillah, kayuh tetap diteruskan.. tapi tak semua dapat di ceritakan dalam blog ni.

Kali ni, ARB buat kayuhan ke Unisel (dah banyak kali sebenarnya). So pada Sabtu lepas 22/8, seramai 13 org, Rider2 yang berkayuh kali ni:
Bro Azlin, Zaly, Saad, Kim, Izam, Hj Umar, Hisham, Wak, Is, Wak Jr, Asrezam HMR, Saiful dan Kamarul. Atan jd manager cum tukang shoot gambo.

Tayar golek 7:30am dr Salem, pastu kumpul di simpang 3 BTP - Jln Bt arang untuk bersaing2 dgn Wak dan Sham dr Country Home.

Ni dia aksi2 kitaorg.. jgn jeles haa

Simpang 3 BTP

Saad dan Sham
Kim dan Izam

Wak ngontel alon2 yo

Layan..
Relax jap kasi kumpul semula.. depan Fruit Valley.

Dah sampai depan UNISEL.. 
Punyalah nak setting .. Sampai ter tonggeng2 si Epul

Kat sini, decide tak mo lalu Btg Berjuntai dan Ijok.. road landai tak mencabar katanya..
So diaorg patah balik nak main climbing ikut fruit valley dan selekoh monyet..
Berdenyut2 kaki nak follow geng2 laju ni..


Dah sampai simpang 3 nak masuk bt arang..

Sedap betul rasa air tu kan??

Sebelum masuk BTP, singgah kedai pekena roti kosong dgn kari kambing..
mabeles beb..
Alhamdulillah..

Dah siap 45km je..

Terima Kasih semua.. Kipidappp gengg..

Wednesday, June 10, 2015

City Of Elmina MTB Jamboree 30 May 2015 - Champion of D'Day!!

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera..

Maaf lewat post utk ride di Elmina Jamboree..
Kali ni ARB menghantar seramai 18 orang rider2 nya.

Antara kategori, men open, men junior, men senior, family, race pun ada.. 
Memang best.. cukup meriah.. rata2 feedback organizer bertaraf A kelas.

dan sejarah tercipta, Ada yang naik podium kali ni.. tahniah!! bukan 3rd, bukan 2nd..
Champion terus, tarak kasi chance punya.

Antara barisan 18 riders2.. yg lain entah kemana.. may be masing2 tengah bersiap
Dari kiri: Oren, Adam, Umar, Hisham dan Iskandar

Hadi dan Bain

Atan, Ijam dan Kim (wife Atan daa..), Atan dan Kim masuk categori Family.

Kategori Family, ada 4 couples dr ARB, Hj Umar dan Adam (Anak Bapak), Azlin dan Syafiq (Anak Bapak), Wak dan Nabil (Anak Bapak), Atan dan Kim (Husband dan Wife).

Tu yang syok tu..

AKSI -AKSI RIDER ARB

Azlin dan Syafiq

Ijam.. betoi ka nama ni? sowi la pakcik lupo..

Iskandar

Oren

Diaorg layan race sesama sendiri pulak

Syafiq

Atan mengejar Kim.. hehehe

Ir Rosyam.. satu2nya rider category Racer.. syabas, Kipidap and don gibab.. 
best betul cakap kipidap ni.. ni si Rani kulop punya pasal la..

Wak

Bain

Hisham

Umar dan Adam

SELINGAN

Sayang.. Basikal Adam pulak prob semasa event.. mcm mana pun kayuhan tetap diteruskan..
Cabaran tetap dipikul.. syabas..kipidap

Hadi... mcm nampak tanda2 tu

Tu dia.. angin ribut takde tetiba tumbang.. apa kah sebabnya??

SELEPAS KAYUH

Masing2 tersenyum puas.. tahniah semua..


Berdebar menunggu lucky draw.. lagi berdebar yang nak naik podium

CHAMPION OF THE DAY (KATEGORI FAMILY)




Tahniah lagi sekali dr warga ARB.. si Syafiq ni kayuh setahun sekali pun laju lagi.. 
Tak paham aku.. kalau bapak dia ni tak payah cakap la..

By the way, KIM yang pertama kalinya berganding dengan husband dia si ATAN.. dpt no 5 kategori family sementara Wak dan anaknya Nabil no 4. Patut no 3 Wak, dia pegi layan makan cendol pulak.. kan dah rugi tak podium. Rosyam pulak no 19 dalam kategori race.. boleh pegi lagi ni Ir.

Anyway.. geng ARB, sapa2 nak laju, rajin2 lah ikut champion ni kayuh.. bila kayuh jangan lak nak komplen ye.,. 

Terbaik Semua!! tak kirala korang nak kata apa.. aku nak cakap jugak ni..

KIPIDAP... DON GIBAB..
JOM KAYUHHHH..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails