IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Monday, May 19, 2014

Johor International Gunung Ledang MTB Ride 2014 - 3 May 2014

Salam Sejahtera kawan2.

Antara event yang ditunggu-tunggu oleh ARB. Nak tau jugak macam mana tingginya gunung yang nak dikayuh nanti. Tak ramai yang join jugak dari ARB walaupun register agak memberangsangkan. Cuma 4 org saja dari ARB yang berkunjung ke Tangkak Johor, (my negeri ni!!) iaitu Hadi, Azlin, Wak dan Zaly.

Gerak selepas Jumaat lebih kurang jam 5pm dr Rawang selepas settle setting basikal Wak.

Bro Azlin test kekuatan ikatan basikal.. karang jatuh basikal ni kata aku sabotaj lak..

Berhenti sekejap utk Solat Asar dan Isi Minyak di RnR Air Keroh

Lebih kurang 7:30pm sampai depan homestay. Tunggu tuan tanah hantor kunci..

Lepas mandi, solat maghrib melawat tapak flagoff di dataran tangkak/ledang.

Tu dia.. posinggg...

Pagi jam 7am dah get ready.. kitaorg kayuh je dr homestay.. tak jauh pun lebih kurang 2km je

Sebelum sampai tapak flagoff, amik breakfast dulu.. pekena roti canai dan kopi .. perghh

Dah sampai tapak flagoff.. posing jap dgn geng2 dari Muar Johor.

Macam tak ramai pulak masa kayuh ni.. maybe sebab kesan dari kejadian di Janda Baik.
Harap2 penganjur jangan serik dan improvekan mana yang kurang untuk masa depan sukan MTB.
Sebagai penganjur kita kena belajar dari kesilapan.

Gambar2 bawah ni antara trail2 yang dihidangkan kepada peserta.
Terbaik untuk penganjur. Berbaloi ARB turun dari Selangor.
Best layan downhill, ada ala2 kayuh lasak selepas CP3, puncak tertinggi.
Cuma marshall agak kurang..



Brader ni kesian.. dari bwh aku dengar dia tanya kat rider2 nak pinjam special tools. Sebab semuanya buat dek.. aku pun keluarkan tools utk brader ni repair saddle dan seatpost.


Rehat jap.. kena cari tandas dulu.. paip bocor beb..

Hadi... laju juga aku sbb boleh kejar mamat ni. On road mcm pelesit.. ciss

Mamat ni kurang oksigen.. b4 aku sampai rider lain mcm tak amik berat pun. member dia sendiri pun cuma biarkan dia terlentang. Marshall pun mcm kurang pengalaman. So apa yang aku buat. (just to share)

1. Suruh member dia duduk kan mamat ni dan bersandarkan lutut dia.
2. Bukak Zip jersey.. bagi lega sikit haba badan direct keluar.
3. Aku suruh marshall cari kain atau kotak utk kipaskan mamat ni.
4. Aku hulur Coklat/makanan dan energy drink suruh dia makan dan minum.
5. Bila dah boleh bercakap. Amik air mineral basuh muka dan kepala, suruh dia berdiri dan jalan slow2.

Masa dia terbaring, macam tak bernyawa mamat ni.. 

Next time, kawan2 tolong2 la rider2 lain, pertolongan yg tak seberapa mungkin boleh membantu utk rider2 lain habiskan kayuhan juga.


menuju CP3


Di puncak CP3, ada pulak rumah tgh2 hutan ni..

Hadi dah nak makan ayam.. sbb aku ada, tak jadi la dia nak cilok.. hehehehe

35km je.. tapi puas...

Tak lucky lagi.. bila la nak hilang majal ni.

punya la panas. tapi penari ni senyum je.. cover line la tu.

Beratur makan.. asam pedas sedap.. lauk kampung lazat

Dah sampai homestay.. basikal wak dah siap setting.. nak balik dah

singgah pekena mee bandung muor.. 

Hadi sebagai tuan tanah bwk kitaorg ke sini.. mmg sedap. beza betul dgn mee bandung muor celop kat KL.

Sebelum mee bandung sampai, layan kupang masak berlada dulu.. perghhh

Layan...

Best trip kayuh kali ni. Kalau ramai ARB yang turun lagi meriah..
Homestay besar dan bersih.. setakat masuk lagi 10 org no hal..

Ada rezeki kita kayuh ramai2 lagi.. Insyallah.

Bro, jom la kayuh, kesian basikal jadi tukun tu.

Adios..

Sunday, May 18, 2014

Kolej Komuniti Hulu Selangor Jamboree - 27 April 2014

Salam semua..

Cerita lambat keluar... Untuk acara kali ni mcm biasa la, register ramai, disaaat2 kejadian 6 riders je yg dapat pergi,, Kali ini Bain, Wak, Azlin, Umar, Farif dan Is Hisham.

Aku tak dapat pegi sbb kena ke pantai timur.. komen yang aku dapat antara trail yang boleh tahan trail nya dengan bukit bukau.. Tapi Umar kata takde la teruk macam ARB punya.. ehhh ehhh.. teruk ke trail kitaorg?

Next year kalau ada rezeki, kami bagi trail enjoy punya.. kayuh sambil makan kuaci amcam?. Tak banyak gambo la.. enjoy kayuh bro!!





Friday, April 18, 2014

Hari tu dalam Sejarah - Jamboree Kampungku 17 Nov 2013


Salam semua.. maaf kerana kali ni anda membaca cerita lama ARB. Baru nak di postkan. Baca je la ye.

Sebenarnya Jamboree Kampungku ini bahan untuk ARB berkayuh setelah agak lama tak berjamboree akibat sibuk menguruskan ARB Green Ride kami pada awal tahun ni. So, boleh la release sikit bila berkayuh diluar kawasan.

Kali ni 9 org riders register tapi yang pegi cuma 6 org je iaitu, dari kiri Arani Glem, Bro Farif, Saiful Adli, anak Semboyan aka Along dan paparazi Izam Samurai. Uweekk. nama cehh...

 
Bersiap dan ambik angin sebelum berkayuh... parking agak sempit (bukan parking si Rani tu)
So terpaksa la letak kereta ditepi jalan besar. Ada pasar pagi Ahad pulak.. lagilah crowded..



Suasana di tapak flag off- masing2 tak sabo nak kayuh.



Jem akibat titi sebatang.. nasib baik rider tak ramai.. kalau beribu tak tau bape lama nak melintas..


Bila sampai kat sini, bau lumpur boleh tahan.. nak kayuh pun sangkut2.
Better tolak je.



CP bape ntah.. aku lupa la.. jumpa geng2 Prima Riders.
Pastu minum Xtra Joss..

Kayuh punya kayuh tetiba sampai.. biar betul?? tak sampai 25km.
Jamboree paling pendek dan paling santai.
Jumpa lak bro Kamarudin ke Kamarulzaman? aku lupa lagii... arrghhhhh
Dulu datang Kuala Kubu layan bukit 3 beradik dengan dia ni la.. geng Assakinah.

Mamat 2 org ni memang hantu rambutan.. 30 min berdiri sebelah bakul, tak malu betul..
masa sampai bakul tu penuh beb.. ko tgk dia punya balance.. 10kg dah masuk perut

Dah sampai umah..berselut. tak boleh tunggu lama2. sebab takut no naik..
Biasanya kalau g jamboree tunggu sampai habis mana tau boleh dapat hadiah..
Kali ni tak mo no naik sebab nanti serba salah nak amik hadiah ke tak..
Hadiah nya cuma pokok orkid dan pasu.. 
aku pun konfius, ni jamboree basikal ke jamboree pertanian?

Anyway, kita doakan yang baik2 aje la..

Esok2 buat yang terbaik.

Jom Kayuh!!

Tuesday, April 15, 2014

KDCF Trail 13 April 2014

Minggu ni asal perancangan ARB ialah berkayuh di FRIM beramai2. Apa kan daya pada minit2 terakhir, tak semua dapat berkayuh pada hari sabtu 12 April 2014. Mana yang masih boleh berkayuh, tetap teruskan plan ke FRIM. Makanya, pada hari sabtu, Atan, Sham, Wak dan rakan lain berkayuh ke FRIM, dan esoknya Ahad, yang mana lutut menggigil terketar2, membuat plan berkayuh ke KDCF.

Pada yang tak tau apa itu KDCF, ni ha Kota Damansara Community Forest.
Masa ARB berkunjung, KDCF ni sudah ada 4 trail iaitu

1. Petaling Trail
2. Scout Trail
3. Temuan Trail
4. Sahabat Trail

Dr berita yg didengar, sahabat trail baru saja dibuat dan belum siap sepenuhnya.
Oleh sebab hanya Norjaya saja pernah berkayuh di KDCF maka dia kena jd kepala membawa kami bertiga yang lain iaitu Umar, Azman dan Zaly.

Kalau anda pernah melayan Kiara, trail ini boleh la dianggap salah satu saingan yg terdekat utk kiara.. mungkin dah lama sangat tak layan trail technical menyebabkan rasa teruja meluap2 dtg membuak2 walaupun sudah keluar dr loop. Nak gambo kan perasaan tu agak susah.. nak tau jugak datang la berkayuh sini.. satu loop cuma 4-5 km saja. kalau rajin buat la 2-3 loop kasi puas.

Nak tau lebih lanjut? klik sini http://kotadamansaraforest.org/trail-network/

Macam biasa, jom layan gambo...


















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails