IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Saturday, May 18, 2013

Janda Baik Waterfall Ride - 12 May 2013

ARB di Janda Baik Waterfall Ride 2013.

Salam geng, hari yang di tunggu-tunggu pun tiba nampaknya. Dari 15 riders yang registered, hanya 9 org je yg menyahut cabaran. Tapi ada gak geng2 ARB yg register sendiri contohnya Wak hantu dan Sham 2 beranak.
Meriahnya event ni sudah terasa sejak hari Sabtu lagi sehari sebelum event. Kena pulak tempat Janda Baik ni di kelilingi hutan dan bukit bukau, pergh nyaman yang amat rasanya. Walaupun keadaan kampung mulai sibuk dengan hadirnya beratus-ratus kereta yang mengangkut basikal tapi tetap tenang dan aman.


2 riders ARB, semboyan dan Hadi D'artist bermalam di Janda Baik. Hadi di Seri Pengantin, (ada rasa macam nak jadi pengantin sekali lagi je) dan Semboyan di Cheringin Resort. Gambo di atas tu diambil dari Cheringin Resort yang dibina diatas bukit. Best betul downhill ni. Tapi bila settle ride nak balik hotel, sengal jugak betis dibuatnya.


Goodies di atas telah diambil oleh Hadi. Kemudian dihantar ke Semboyan sebab tempat semboyan ni paling hampir ke tempat event. Senang member2 yang lain nak collect esok hari.


Macam2 jenis keta dan cara mengangkut basikal.. memang meriah.


Di Cheringin resort, semua basikal diberikan tempat parking khas. Bagus betul pihak hotel dan penganjur ni.


Esoknya.. tu dia, org kuat kita sudah sampai. Bancuh air power pun ada cara.


Sebelum tayar bergolek secara rasmi, ada persembahan kebudayaan dari masyarakat setempat. Memang terbaik,


Tu dia.. sayup betul nak ke starting line..


Geng2 ARB dah sampai. Alon2 Rahim, Rani, Wak dan anak Sham tak silap kat kanan sekali.


Siren berbunyik, apalagi dah start kayuh, dengar cerita 1200 org yang datang. Dia bagi road hampir 13km. Atas tu dah baru sampai tempat water refill 1, ada pisang jugak.


Aisey.. masuk offroad je jem.. kena lalu kawasan kolam ikan.
Masa ni la ada mamat mengamuk. Katanya pengajur tak bagi tau dia utk lalu atas tanah dia.
Kitaorg tunjuk kat dia kat mana dia boleh jumpa penganjur untuk settle.
Janji kitaorg boleh kayuh sudah.




Bersusun-susun tu bro... nak mengundi pun tak teruk macam ni. hahaha


Dapat lepas bottle neck tadi terus dapat uphill.


Tak Larat tolak ajelah bro..


Rani sempat buat amal jariah semasa perut gua buat hal. Bro ni rantai putus. Takde tool pulak.


Kayuh punya kayuh, perut gua memulas2.. aduh dia buat hal lagi. Gua pagi memang tak boleh makan bro, Ni dua bijik pisang gua sebat tadi punya hal la ni..
Air mineral Rani jadi mangsa gua untuk guna beristinjak.


Kat Celah semak ni gua pulun redah sampai gatal2 satu badan.. nak wat camne, peluh jantan betina dah kuar bro.. gua kena lepaskan jugak..

Yang ni tak silap dah CP3, Rani dan Bro KSCC.

Kat sini ada pisang gak, tapi gua dah jadi fobia nak telan.


Kayuh punya kayuh, gua rasa jalan mcm nak tuju finishing line. Dalam hati, takkan 20++ Km je.
Tak sampai 11 pagi lagi. Rupanya memang betul, total 27km je. Dengar cite kayu balak tumbang so penganjur terpaksa short kan trail. Kira on road dan off road 50-50 la.

Overall, satu jamboree yang berjaya. Lucky draw ada 2 riders ARB je yang dapat. Tapi aku rasa lunch kurang la.. sebab aku tak dapat makan. Naik hotel turun balik, baru kul 1pm dah licin. Lelain mcm goodies, OK la.. Bab medal memang cun. Ranking dengar cite diberi dari no 1 - 1000.
Dan dengar cite tahun depan kemungkinan besar Janda Baik ride ada lagi, kalau betul insyallah ARB turun nak melawat Janda2 di sana, hahaha.

Terima Kasih semua.. Jom Kayuh!!

Sunday, May 5, 2013

KAYUH BENDANG - apo nak buek. 28 April 2013


Salam..
Syok jugak ride kali ni, ala2 jamboree bro..
Kasi warm-up 5km, masuk trail baru jumpa rumah kampung siap lalu atas parit.
Memang nyaman.. kasi gempak panjat bukit then dapat downhill..
semua happy. Pastu sendiri mau ingat la.. baru MTB namanya..
Diaorg ni manja lebih.. kena trail teruk2 dlm jamboree ok je.. Ni baru selut sikit2..

Lepas kena selut layan bendalah ni pulak.. 

Lepak jap.. jap lagi nampak macam downhill.. boleh layan lagi..


Sampai sini lak baru tau ada 2 riders tak sampai2 lagi.
Rupanya diaorg sesat daa.. kitaorg pun heran mcm mana 2 org ni boleh terlepas.
Bro Azlin jd rescue utk panggil.. last2 2 org riders ni sampai Bro Azlin lak yang kena tinggal.
Boleh pulak si Azlin ni tak jumpa.
Apa lagi, mmg best kitaorg berehat.. hahaha

Wak.. kue apahal menyongsang ni? main2 ko ye wak..

Cepat2.. nak naik naga lepas ni

Mantop la basikal abang ni.. 


Sudah selesai ke? Tak puas beb

Bro Joe and Junior..
Din helmet calar ke? lego kat gue je la.. hehehe

Korang memang best.. 
Jom kayuh lagi..

Wednesday, April 24, 2013

Malek tak puas hati... hehehehe

Kayuh kali ni best jugak sebab rider ramai. Trail lebih kurang sama je dgn minggu2 yang lepas. Cuma ada tambah Twin tower. Hajat sebenar untuk teruskan ke Dragon back masih belum jadi kenyataan. Bila la nak sampai hajat ni.

Kayuh tak sampai 15km lagi pun dah ada yang nak chicken..tu yang terus down semangat rider2 yang lain la.. tapi takpe jangan mengalah, kita cuba lagi next time.

Rider2 yang join kali ni, Teacher Shah, Semboyan, Hadi the Artist, Malek, Wak dan geng Country Home, Azlin, Rani, Shukri, Zulman dan alamak yg lain aku lost la nama diaorg.. sorry bro

Macam biasa posing dulu sebelum ride.

Bro Zulman, sorry la bang, tak tau la diaorg ni asyik nak panjat bukit sekarang.

Bro ni pun dah sambar 29er..

Relax la bang Man.. jgn la marah si wak tu.. tapi wak muka mmg poyo la..

Di Kaki Menara.. di sini rider dari 15 tinggal 13

Bidang sungguh dada si Malek.. Si azlin buat yoga ke apa?

Relax bang.. marahkan panas jgn la buang basikal tu

Eksen betul si Malek.. tak puas kata nya.. 10KM je apa barang,.
Tapi bila sampai sini dah tinggal 10 org la plak.. 

Sampai sini tinggal ni je.. tak boleh tahan bro..

Anyway, ride kena enjoy, kalau tak enjoy ada yg jual basikal pulak..
Malek, next week kita bawak sampai 40km dulu boleh? next next week sampai muntah pulak.. hehehe

Thank you la abang2 semua..terbaik bro.. meh kayuh lagi.

Tuesday, April 16, 2013

BULETIN BUNDLE ARB

Salam dan selamat berkayuh Tuan-tuan dan Puan-puan semua..

Tu dia.. sekali datang dia punya malas.. masyallah, satu sen pun tak guna la..hari ni tetiba lak datang mood maka, bahan2 yang dah lama terkumpul dibawa keluar, kena la pulak kerja tapis menapis sebelum di post utk bahan bacaan kawan2.

Kali ni kita namakan dia buletin bundle.. sebab multiple story dalam satu. korang paham ke tak ni? tak paham nasib korang la.. jom kayuh..

BULETIN 1: 8 Mac 2013- Kayuh Malam

Kali ni best, ramai geng yang turun berkayuh.. time malam kalau dapat 8 org kira dah ramai tu.. memang liat nak ajak diaorg ni kayuh malam2.. asyik2 muka tu jee..

Fazli Norco


Malek dan Rakan dr Taman Pelangi.


Bro Joe


R&R di Bestari Jaya dulu dikenali sebagai Btg Berjuntai

Zulman, Bro Joe dan Bro Wazir

Malek, Fazli dan Wak Ghost

Azlin


Ride Settle sudahh...

BULETIN 2: 17 Mac 2013 - Kayuh Off road

Kali ni ride 7 org turun. Umar dah lama tak turun kayuh bersama, kali ni Umar muncul bersama Adam.
Kita mulakan dengan LTM dan terus kearah teres ARB.. pergh dah lama tak layan teres. Syok betul..
Lagi satu Umar kali ni memperkenankan permintaan Azlin.. tu diaaa, bukit sesaja.. takpe..
mula seksa tapi lama2 best pulak... teruja I kata Man Manja..

Leper baru lepas layan teres.. 

Pergh muka bongkak je lepas belasah teres. hahaha

Ni olang haaa.. haisshh cerita pun tarak guna la..

Up lagi.. best2..

Dah sampai menara.. up lagi..



Selepas menara downhill sikit.. 

Kasi up lagi..

Lagi.. tak larat tolak je bang.. matahari pun dah mendidih tu..

Up dan rest dulu..

Kuar Main road

R&R - pekena Kari Kambing pulak..

Amcam? syok.. nanti kita repeat lagi...
Jom Kayuh..

BULETIN 3: 22 Mac 2013- Kayuh Malam Hancing

Ayooo... kali ni haa.. ini 3 org sudah hancing ooo.. hahaha, tapi takpe gua dah penah kena dulu, sekali turun 2 org je dengan cikgu Khairul.. Hampas Kelapa Sabut betul...

Apa nak buat, dah keluar rumah malam2, kayuh jugak la bertiga layan perasaan.


Sambil minum di Kota Puteri mengenang nasib diri sendiri..
kekekeke...

Takpe, gua kayuh jugak..

BULETIN 4: 31 Mac 2013- KLMBH HASH Tasik Puteri

Hari ni kita layan HASH lak. Lama tak layan, tapi bagi warga kayuh di Tasik Puteri, tak kira la ARB ke BBB ke Yakfur ke, takde la beza nya sebab tiap minggu ini antara trail yang dibelasah oleh kami. So just kayuh dan tolong apa yang patut. 

ARB dah awal2 angkat tangan sebab dah malas nak handle HASH2 ni. So kita bagi chance kat Yakfur la pulak. Jom layan photo yang sempat diambil semasa ride HASH hari tu..


Orang Kuat HASH








Bro Joe




Up... tak larat tolak aje..

Bila downhill single trail jem la pulak... 

Bila hash ni ada aje cite yang best dan tak bestnya.. 
Apa mau kecoh, kayuh aje la.. 

Anyway event macam ni memang best. Ramai dan happening je bila kayuh ramai2 ni.


BULETIN 5: 7 April 2013- Weekend Ride

Ride kali ni atas permintaan Abg Man Manja kita. Dia kata asyik mengigau je layan hill trail yang Umar bawak hari tu. Kebetulan, kali ni Umar pulak nak pecah dara 29er baru.. memang betul menjadi kali ni.. Rider pun ramai yang turun.. apa lagi jom kita.. yehaauuuuu

Kita Layan Teres dulu, Kapten jadi muda umur 21 tahun bila layan teres.. hahaha



Umar dan 29er nya.. terbaik bro..

Wak dan rakan dari C.Home

3 stooges - Joe, Man Manja dan Kapten

Abg Wazir, nape ni?

Wak and Son


Ramai dan Meriah..


Di Menara

Siapa tu?? 

Sapa la yang tinggalkan kawan kita ni sorang2?



Moh kita downhill pulak.. asyik up je.. karang tak turun2 kena ketuk lutut pulak..
SI Rani mau asyik nak mengetest je.. macam2 hal..

So .. apa lagi.. jom kayuh bro!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails