IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Friday, June 29, 2012

Jamboree Kuntau 17 Jun 2012


Tengok gambo pun dah tau.. memang mendapat sambutan meriah. Dengo cite hampir 1400 riders yang join. ARB sendiri menghantar 18 orang riders. Tapi ada jugak yg tak dapat nak pegi atas sebab2 tertentu di saat2 terakhir.


Tu dia.. Malek.. pergh garang betul muka ko.. Junior ARB si Syafiq pun ada bersama mentor disebelah.

Apa kes ni?

Kat Kuntau pun kena hujan jugak.. apo nak buek.. rodah kan jo...
Hadi kali ni dgn semangat baru sebab frame baru... hehehe

Dah settle dah.. sbb apa gambo si Hadi je yang ada?? sebab dia yang jd cameraman..
ARB punya cameraman x dtg.. so ini je la yang ada untuk di sharekan..

Anyway, tahniah kat semua rider2 yang berjaya settle kayuhan kuntau ni.
Bila la korang nak hilang badi utk lucky draw? kayuh dah laju la jugak..

JOM KAYUH LAGI..

Monday, June 25, 2012

Pecah Peluh Malam 2 - 01/06/12


Jumaat malam Sabtu 1/6 yang lalu, Mula2 8 riders pastu sampai simpang kuar BTP tinggal 7 saje yang nak pecahkan peluh iaitu, Azlin, Semboyan, Wak, member Wak dai Rawang, Din, Wadi Bg, Azmi Orbea. Yang balik tu si Iqmal. Macam biasa satu loop 40++Km, last panjat bukit menara.

Azlin
Azmi Orbea
Wadi BG, Rider paling jauh.. sanggup datang. Terima Kasih Bebanyk.
Mcm biasa, rest di Btg Berjuntai.

Tq semua... Kayuh lagi....

Saturday, June 2, 2012

PECAH PELUH MALAM 19 May 2012


Salam..
Kayuh Pecah Peluh Malam pada 19 May 2012 lalu, ARB ditemani oleh Sifu Nasir (Ijas) KSCC dan rakannya.
bermula lebih kurang jam 9:30mlm, 8 riders kayuh dari Green Valley ke Fruit Valley, Btg Berjuntai, Ijok dan layan bukit menara sebelum pulang semula ke markas.
Lama dah tak kayuh malam. Sesekali layan kena lak melayan corner monyet celah2 hutan sunyi, memang tak dapat digambarkan. Bak Kata Rani, kalau sorang, takde pasal nak lalu sini.
Tapi naya jugak kalau rider semua laju2 belaka, bila kita kat belakang memang macam kayuh sorang2 gak.



Sifu dan camera spt isi dan kulit

Berhenti minum di Batang Berjuntai @ Bestari Jaya.

Jom gerak!!

Terima Kasih Kawan2!
Ada masa kita repeat lagi.

Kayuh Jangan Tak Kayuh.

Saturday, May 19, 2012

BELIA SELANGOR FUN RIDE - 13 MAY 2012

Salam...
Kali ni 10 saja yang join Belia Selangor Fun Ride di Batang Kali.
Berkonvoi dari Tasik Puteri Semboyan, Azlin, Izam, Rani, Din dan Hadi. Bain dan membernya tunggu kat Shell Country Home pastu join sekali. Yang lain2 dari rumah masing2 la.. Walaupun tak ramai, meriah tetap meriah.

Sampai di Rawang Town singgah breakfast kat Ali Maju. Rani yang 1st time join event ala2 jamboree ni nampak teruja. Disesahnya telur half cook 2 biji+tongkat ali.. memang terangkat. Yang si Azlin mcm biasalah, Kayuh kuat makan mesti mau kuat. Ini tag line tak boleh pindah milik dah..

Sebelum 100m dari dewan org ramai park keta kat sini, nanti nak chow senang sikit. tu pun dah sesak jugak.

Ko buat apa ni Zam? Gawat la lu..

Tang ni muka Zam serious mcm A Galak la pulak. Din mcm biasa usha awek. Bain muka sembab je bro..
dalam gambo baru nampak. hahaha

Hero dah sampai.. Rani dah tak sabo2 nak mengayuh.. Jangan serious sangat bro.

Kayuh punya kayuh, baru terpikir nak amik gambo.. Trail Batang kali memang sedap dilayan,
kalau berenti sebenarnya rasa rugi.. 

Sebelum sampai tempat ni downhill dia mmg mengancam.. licin pun licin la..
Bila tengok tarmac sempit ni teringat lak trail Kayuh Lasak Balik Pulau.. ada la rupa sikit.


Bila turun je dah CP2.. kalau tau takde la nak berenti kat atas tu.
Amik gambo kat sini terus pun takpe..

Dah sampai sini, jumpa Din, sembang, isap rokok, makan pisang.. tup-tup Rani sampai.
Start dari sini kayuh bertiga.. yang lelain kemain laju lagi..

kayuh2 jumpa sungai pulak.. redah aje la..


Pastu jumpa titi buluh.. jumpa si Bain pulak. Berenti lagi.. lepak isap rokok, sembang, buang hajat kecik..
Rani takmo tunggu dia jalan dulu..

Sampai2 ramai beratur nak basuh basikal. 

Lepas tukar baju seluar, kemas bike, upload atas keta. Terus g khemah cari makan.
Mcm biasa la bro..

Pastu ronda2 tgk karoake, g survey barang.. last2 jumpa lak t-shirt dari kilang murah2.
Selain tu mcm2 ada, batu cincin, keris, parang, ubat kuat mcm2 la. Show nyanyi pun ada.

Tapi nak tunggu lucky draw lambat sangat.. so kirim kat Hadi dan Din je no plat. mana tau ada luck..tp mmg takde pun.. kalau ada dah aku tunjuk dlm ni pun.

Anyway, untuk aku yang dah lama tak ke Jamboree, mmg sangat ok untuk dapat mood kayuh di Belia Selangor Fun Ride ni. walaupun 27km saja, trail memang layan.
Tahniah kepada penganjur especially geng2 mencari trail. Tak terlalu landai dan tak boring. Dengan RM20, tanpa Tshirt dan Medal, ranking no yg disediakan memberi semangat kepada peserta2 MTB.

Semuga berjumpa lagi dikayuhan akan datang.
RIDE ON GUYS!!

Tuesday, May 15, 2012

PECAH PELUH 6 May 2012


Ride kali ni Umar ada.. dah lama kami tak ride dengan Umar ni, asyik busy ukur jalan je.
So bila dapat ride dia bawak sekali 2 orang junior. So campur dengan Izam, Rani, Azman dan Semboyan 7 orang rider kasi redah sampai berpusing2 dalam trail. Plan asal nak combine dengan Yakfur ke Tasik Biru, tapi Yakfur dah gerak awal b4 8am so bawak haluan memasing je.

Ok gak, sebab anak sedara Umar pun 1st time follow, kesian pulak bila tengok muka dah start pucat. Sekali layan downhill tergolek pulak. Tanah agak licin jugak, kesian budak ni. Takpe experience tu. Jangan serik ye dik..
Relax Jap, ada aje la lori ni...
Adam, Junior Umar tak puas tu..
Pantang nampak bukit mamat ni..

Sorry la dik.. Uncle ko kalau nampak bukit mmg tak pandang belakang dahhh...
Agak2 apa yg diaorang tgk tu?
Korang nampak air je kan??
Tapi ada benda lain yg aku nampak,.. rahsia..
kalau bgtau korang sure takmo ride dgn aku lagi..

Anyway.. Don't ride if you love cholesterol.. 
hahaha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails