IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Saturday, March 24, 2012

Welcome Back BAIN! (Menyantai 24/03/12)

Salam..sekali lagi kita menyantai.. kali ini kami melayan rider lama yang membuat come back dengan kuda HANTU.. yee WELCOME BACK BAIN. Tapi.. rupanya bukan satu bro, dua laa.. HADI juga turun dgn penampilan kuda IKAN GT.. dasat.. kayuh pun dah laju.. panjat bukit sengeh sampai ke telinga. bro.

Macam mana pun sorry la kat ATAN.. sbb tunggu hujan berenti punya pasal, golek pun lewat, dan time dia limited, dia tak jadi kayuh. Next week bro kita kayuh malam baik punya.

Dari kiri: Syafiq, Iqmal, Bain dan Hadi

Amacam Uphill.. sempoi je kan?? kat depan baik punya downhill.. layan smpi puas!!

Bain dan Hadi, masing2 dengan tunggangan baru.. Hadi macam x puas hati je.. hahaha

Mak aii.. kali ni Bain pulak tak puas hati dgn kuda baru Hadi..
korang tukar suka sama suka je la..

OK.. nak balik dah.. harap dpt kayuh bersama2 lagi..

KAYUH SELAGI DAYA Brooo..

Monday, March 12, 2012

Santai Bantai 11/03/12


Salam.. hari ni nampaknya hanya 5 riders aje walaupun diwar2kan kayuh santai, slow and steady dan trail below 20km. Rasanya, semua rider dah power, nak kan ride yang heavy2 je. So, rider2 kampung yang tak hardcore je la yang turun berkayuh hehehe.. 

Walaupun asal plan nak kayuh dekat2, tp dek pujukan Abg Azlin, cecah gak 20++km. Namun timing tak lari jauh, budget kul 10am sampai di Meeting Point semula 10:20am. Ok la tu, tak sampai 2 jam pun.. Start kul 8:30am.. Kayuh santai je..  route??... boleh tahan jugak la.. sebab tu tajuk kali ni santai bantai.. mula macam santai tapi rupa2 kena bantai jugak. 7km pertama jersey dah kuyup. Kalah trail Hash Tasik Biru. Hahaha. tu yang cukup puas hati.. tak perlu jauh2 bro.

Apa2 pun.. kayuh still on.. ada basikal rugi la simpan kat umah.. trail kat BTP ni pun bukan kena bayo macam nak masuk FRIM. Tak yah nak berangkut2, bayo toll bagainya..Cuma tak glamer la kalau kayuh kat sini kan..

Errr... korang yg lain x sudi follow ke? Alaaa.. santai je.. ooo.. korang nak heavy dan jauh ek..
Tak pe la..

Thursday, March 1, 2012

KLMBH BASH TASIK BIRU 26/2/12


Ahad 26/2/12, hanya 5 riders saja yang berkayuh dari GVP, BTP ke Tasik Biru untuk melayan trail Bash KLMBH Tasik Biru. Izam, Rani, Semboyan, Iqmal GBS dan Azrul GBS. 5 orang pun jadila.. OK gak tak de la banyak kerenah..

Untuk trail kali ni, KLMBH comments fast flow, low elevation dan so easy.. takde hal la.. korang tak caya, korang join la revisit Bash Ahad minggu ni lak.. Ramai nak repeat tu..

Seperti dijanjikan, hampir kul 8 pagi, Semboyan, Rani dan Izam start kayuh dari Salem Restaurant GVP, menuju ke SKTP1 sebab Iqmal dan Azrul GBS tunggu kat situ. Kayuh punya kayuh, sampai warung tepi tasik biru 8:30 pagi. Kitaorg breakfast baik punya... lepas breakfast gi register KLMBH bayar RM15.
Jumpa Umar kat sini, rupanya dia datang tapi tak kayuh dr BTP.

Dapat no plat ikat la kat beskal. Kali ni no plat punya material dah improved. Takde la pakai kertas laminate bodo mcm dulu. hehehe.. Then, terus masuk estate sebab briefing kat dalam.. mcm gambo bawah ni..

Briefing abis lebih kurang 9:30am tayar golek .. Macam biasa trail ada 2 laluan, Long 25km, 
Scenic 15km je. So ikut suka mana nak lalu.. 

Ada jugak pokok tumbang.. kena langgor gajah kot..

On d way back.. lebih kurang 2km lg .. landai je kan.. 
mana ada bukit pun..

Gambo2 kat atas tu pun mana ada bukit.. busut2 je pastu downhill.. sampai terbabas2 la layan.. KLMBH ni pun satu.. sedap2 layan, diaorg pancung trail kena turn pulak.. tu la pasal.. kena la uphill balik..

Kul 12:30 tghari, 4 org riders lepak minum tepi tasik makan ABC selepas settle ride.. sorang lagi, Rani dah chow awal sebab ada sedara datang umah. so 4 orang ni aje la yang berkayuh balik ke BTP. Time balik la rasa seksa, sebab matahari terpacak atas kepala.. mendidih otak.
Apa2 pun, best sebab walaupun Bash 25km utk long, kami dapat 50km hari tu.. maknanya, boleh buat lagi la lepas ni..

Anyway, TQ KLMBH.. for the trail... ON! ON!

Tuesday, February 28, 2012

3 Beradik - 19/2/12

Salam..
Kayuhan 3 Beradik - ARB, Yaafur dan Country Homes Bikerz pada hari Ahad 19/2/12 sememangnya meriah. Kali ni Bro Joe menjadi front runner sebagai wakil Yaafur kerana kayuhan kali ini atas jemputan beliau. Seramai 18 org berkayuh melayan bukit batu, bukit rumput, single trail dan twin tower memang best.
Nak jadikan cerita, hari ini Pak Maun menjadi official photographer kami. 
Terbaik lah Pak Maun. (Ada cerita selanjutnya. ARB akan buat liputan khas, tunggu..)

Pak Maun dengan gaya tersendiri.

Menyusur tepi tasik..

Captain dan Azlin..

Aksi kejar-mengejar yang berjaya dirakamkan oleh lensa Pak Maun.

Bike jurufoto mengalami "kejutan"...

Mendaki bukit batu..

Bro Joe.. the front runner.. 

Iqmal GBS dgn aksi tersendiri.. terror ko ye..

Menghayati pemandangan hijau dari puncak bukit rumput.

Melayan downhill twin tower...

Menghilangkan penat lelah sambil beramah mesra selepas kayuh..

Terima Kasih Bro Joe Yaafur atas jemputan.. dan terima kasih kepada rider2 dari Country Homes yang datang berkunjung ke Tasik Puteri. Ada masa datang lah lagi.. boleh kita berkayuh dan beramah mesra lagi utk mengeratkan persaudaraan.. Insyallah.

Pak Maun.. terima kasih daun keladi.. next ride bawak SLR lagi...

Kepada rakan MTB yang lain.. calling2 la kalau nak kesini... kecil tapak tangan trail kami hidangkan...

Kayuh ON! ON!

Friday, February 24, 2012

SBCC OTAI D'DAY 12/2/12

Salam.. SBCC OTAI Jamboree sudah lebih seminggu berakhir.. Alhamdulillah rider2 Otai/V selamat semuanya berkayuh. Kali ni CHif Rahim bawa camera sekali. Yang mana tak pegi boleh layan. Tapi sorry la klu editing tak memuaskan sebab yang tukang edit video ni tahap amatur.
Tapi kesian kat Chif, rantai putus lak masa tgh layan. Dan file2 video yang awal takde kat editor utk dimuatkan disini. Mana yg ada ini ajela.. hope enjoy...
(Photo2 diambil dari rakan2 FB dan juga CM)



Azlin

Azmi

Chif

Haizat

Rizal dan Jai

Mus

Shukri

Taib

Tahniah Kepada Penganjur.. Kali ini baru best.. dengar cerita bulan 5 ini SBCC nak buat open Jamboree lak.. Lucky draw bagi baikkk punya lagi ok.. 

Terima Kasih Daun Keladi.. ARB nak Lagi... hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails