IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Sunday, January 8, 2012

ARB DI DADA METRO



BTP FUN RIDE salah satu acara sambutan tahun baru 2012 telah mendapat liputan harian Metro pada 6/1/12 Jumaat lepas.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat. Insyallah, kita akan berjumpa lagi di acara yang lebih besar..

Friday, January 6, 2012

UPSI Rainforest MTB Jamboree 2012

Salam.. rasanya, ramai gak yg tak sabo nak baca report UPSI ni.. ntah le.. dah lama2 mcm malas pulak aku nak update. Tunggu2, cari2 mood tak sampai2, tapi aku kuatkan semangat untuk update jugak.. so kalau rasa bosan tukar je channel lain..
Macam biasa kali ni boleh tahan jugak jumlah peserta dari ARB.. iaitu 32 kaki kayuh. Oleh sebab ramai, meeting punya meeting, sepakat kita angkut basikal pakai lori. Hah.. korang tgk je la gambo bawah tu masa loading bike.. ni pun satu hal.. janji ptg nak loading, last2 malam gak.. aku lagi gawat, rajin sangat menjenguk, siap ngeteh lagi sampai kul 12mlm baru balik umah. Pastu barang aku dgn anak aku  pun tak settle lagi..
At last, amik ko, dah lepas setting bike atas bumbung keta, kemas2 barang lagi, masa nak tido jam dah 3:30pg. Adoiii... mmg aku tak cukup tido la nak kayuh ni.. harap2 complete sudah..


PAGI KEJADIAN

 Sudah sampai di gate belakang UPSI
Bersusun bike setelah di"unload" dari lori..

 Chif dan juniornya

Jai dan Paei..

Abg Wazir tengah warm up tuu..

Perghh dah penuh dah..

Iqmal GBS..


Anak Semboyan..

SEBAHAGIAN AKSI-AKSI  ARB RIDERS DI TRAIL UPSI

Anak Semboyan

Jai.. terjatuh atas batu semasa downhill selut, patah jari kirinya.. tapi tetap kayuh sehingga ke garisan penamat. Syabas bro!!

Abg Wazir.. layan je..

Syafiq aka Azlin Jr.. 1st time Jamboree ranking 95..
Kuat kayuh macam bapaknya jugak.. bagus2!!

Faiz aka Chif Jr..

Chif ARB

Abg Taib kita.. steady.. hehehe

Azlin


TRAIL2 UPSI..


Sebahagian daripada gambar diatas diambil dr album sahabat di FB.. harap halalkan ye..

DI GARISAN PENAMAT..

Antara no plat yg sedang menunggu cabutan bertuah..
Ada mcm2 sticker.. yang mana dapat ayam KFC tu jangan risau.. next Jamboree kita belasah sampai complete dan puas. Mungkin trail ni sempoi sgt, tu yg malas nak habiskan tu.. hehehe
Cikgu dengan Haizat gak yg bertuah..

ARB junior aka GBS.. korang yang mana tak complete jangan menyesal sbb ni first time korang join jamboree. Lain kali prepare diri sendiri betul2, mkn, minum, tido kena cukup.. (ckp org, aku pun tdo tak cukup.. tp settleee..)
Ok .. next time cuba lagi, yang complete jangan eksen pulak.. sbb yg tak complete dapat ayam KFC.. jelesss

Jai yang keletihan.. jari dah berbalut..

Apa lagi, mandi sudah.. basikal pun dah basuh ala kadar.. gi loading bike, nak balik dah ni..

Macam biasa, ARB ni mesti singgah mana2 untuk lepak makan minum..
So on the way balik, pekena Cendol, Rojak, Mee rebus, Laksa,. semua ada laa...
Tag Line Azlin: Kayuh Kuat Makan Kuat... peehhhh

Thank you semua..

Akhir Kata:

Terima Kasih kepada UPSI, TM BIKERZ.. Trail memang best.. single trail cun,, downhill cun.. uphill pun cun.. hahaha.. Actually ini kali ke 3 ARB berkunjung selepas, UPSI 2010 dan Ligamas Hash. Sebab tu bila dengar UPSI mengadakan Jamboree kali ini, ARB memang menunggu je.. tak sabo nak layan downhill trail TM Bikerz. Cuma sayang, trail licin dan berselut akibat hujan pada malam sebelumnya.

Lagi satu perlu diambil kira ialah water station yang diletakkan.. kurang sesuai water station sebelum CP1.. lebih baik water station diletakkan di setiap CP.. sebab semakin jauh ride, tenaga rider kebanyakkannya semakin kurang, so bila CP2 takde air, ramai yg mengeluh..

Walaumacam manapun Tahniah UPSI dan TM BIKERZ dalam penganjuran Jamboree kali ni.

Monday, January 2, 2012

BTP FUN RIDE D'DAY 31 Dec 2011

Assalamulaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, perjalanan tahun 2011 telah dapat ditutup dengan acara yang sihat dan baik. ARB Cycling Team sekali lagi diberikan penghargaan bagi mengendalikan acara Jom! Kayuh Untuk Sihat dalam program sambutan Tahun Baru.

ARB Cycling Team ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak penganjur En Zaidi ahli Majlis JKP ZON 24 dan juga Pemuda BTP (En Mat dan AJK)

Acara Kayuhan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dan kali ini semua jenis basikal dan peringkat umur dari kanak2 berusia 4 tahun hinggalah ke veteran turun ke lokasi pendaftaran se awal jam 7:30 pagi.

Program Kayuhan dimulakan dengan acara senamrobik ala Chicken Dance. Jom layan video ni..


Video Chicken Dance
 

Photo2 menarik sekitar Jom! Kayuh Untuk Sihat-BTP Fun Ride 




The Fixies... 

Cikgu Mus memberikan taklimat peraturan yang perlu diikuti oleh semua peserta
demi memastikan keselamatan dan perjalanan acara kayuhan berjalan dengan lancar.
 


Acara Jom! Kayuh untuk Sihat dilepaskan.. diketuai oleh Chif ARB, En. Rahim


Video Semasa Acara Kayuhan
  
Gambar2 Penyampaian Sijil oleh En Zaidi, Ahli Majlis JKP ZON 24.



ARB mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk Bandar Tasik Puteri yang terlibat dalam acara ini. Sesungguhnya anda semua adalah warga yang sihat dan aktif. Teruskan dengan semangat ini untuk kesihatan diri kita sendiri.

Tidak lupa kepada ahli2 ARB Cycling Team dan rakan2 MTB yang terlibat dalam menjayakan acara Kayuhan ini. Komitmen dari anda semua sangat2 dihargai.

KAYUH ON! ON!

Friday, December 30, 2011

ROUTE BTP FUN RIDE

Setelah persetujuan dicapai didalam meeting dengan mengambil kira segala aspek, kategori basikal, matlamat dan peringkat umur, inilah route yang akan dilalui oleh peserta.

Semuga kayuh riadah ini member manfaat kepada kaki kayuh semua.

JUMPA ANDA PADA HARI SABTU INI..

Wednesday, December 28, 2011

BTP FUN RIDE 31/12/11


Salam dan Selamat Sejahtera..
Apa lagi nak ditunggu??.. Free register.,. Dapat T-Shirt, Dapat Sijil.. yang paling best sebenarnya dan tak boleh dibeli/ditempah dimana2 pun.. SIHAT.. DAPAT SIHAT... tu pun tak nak??? terpulang la..

Okey.. cukup la promosi tu..Dikesempatan ini ARB ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian Ahli Majlis, En. Zaidi, dan AJK-AJK bertindak, antaranya En. Mat juga PEMUDA BTP, menjemput dan memberi amanah kepada ARB untuk bersama-sama menjayakan acara JOM KAYUH, BTP FUN RIDE.

Semua kategori basikal, MTB, BMX, FIXIE, FOLDING BIKE DIALU2KAN.

Untuk anda.. kaki kayuh semua.. jumpa pada hari Sabtu ini pada masa dan tempat yang tertera dibanner2, bunting2 dan juga poster2 yang telah diedarkan seperti diatas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails