IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Thursday, July 7, 2011

Charity Ride 2011 - Bandar Tasik Puteri


ARB Cycling Team menjemput rakan-rakan kayuh untuk sama-sama beriadah sambil menderma seperti yang tertera di atas poster.

Charity Ride ini adalah sebahagian daripada event pada hari keluarga. Untuk mengetahui acara terperinci sila klik-->ATURCARA MAJLIS

Info tambahan untuk rider yang mengambil bahagian:

1. Wajib memakai helmet. Sekiranya tidak memakai helmet, anda masih boleh menyertai acara tetapi sila rujuk perkara no 3.

2. Rider tidak dibenarkan memotong Front runner.

3. Sekiranya rider tidak mematuhi perkara 1 dan 2, pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas segala kejadian yang tidak diingini.

4. Meja pendaftaran akan dibuka bermula 7 pagi hingga 8.30 pagi.

5. Flag off/Kayuhan bermula sebaik sahaja perasmian oleh YB dibuat.

6. Air minuman disediakan sebelum dan selepas acara.

7. Semasa kayuhan peserta harus menyediakan bekalan air minuman sendiri.

8. Media Massa Sinar Harian dan Harian Metro akan membuat liputan Charity Ride.

9. Sijil Penyertaan dan Door Gift akan diberikan kepada peserta setibanya di garisan penamat.

10. Laluan/route Charity Ride dibahagikan kepada 2 iaitu Long Route/ Laluan Jauh sejauh 18.6Km dan Scenic Route/Laluan pendek sejauh 11.5Km. Oleh itu peserta boleh memilih laluan mengikut kemampuan diri sendiri. Namun begitu perlu dingatkan bahwa kayuhan adalah berbentuk santai bukan berlumba.

11. Semua laluan adalah on road kerana kami mengambil kira semua peringkat umur, golongan dan jenis basikal.

12. Marshall bermotor akan mengiringi peserta.

LALUAN/ROUTE (KLIK PHOTO DIBAWAH UTK LEBIH JELAS):

LALUAN PANJANG.

LALUAN PENDEK.

Kesudian anda semua didahului dengan ucapan jutaan terimakasih.

Terima Kasih sekali lagi dari Kami ARB Cycling Team.
Jumpa anda semua pada Sabtu pagi 9/7/2011. 

Monday, July 4, 2011

Sg Boye Fun Ride 2011

Sorry la Geng.. lambat update dan wish to ARB riders yang ride ke Sg Buaya Ahad lalu.
Eh korang yang pegi bagi la photo kat aku.. takde bahan camno den nak tulis ni..
So amacam? OK ke KO? hehehe

Adios.. Kayuh jgn tak kayuh..

Wednesday, June 22, 2011

Saturday Ride 18 June 2011

Hari sabtu 18/6 lebih kurang 8 pagi, bergolek la tayar 5 riders untuk kayuhan XC. Tak ramai yg turun berkayuh hari ni. Mungkin dah ada plan ride diluar. Biasa la tempat favorite mcm FRIM, KIARA, PCP...  Gambo sebelah ni mencari laluan ke trail lama.. memang lama sungguh tak follow trail ni.

Kayuh punya kayuh laa.. dah siap berpagar dah Highway KLSE ni... ini lah sepatutnya exit ke BTP. Kalau ikut update dari www.btp.freephpnuke.org badan bertindak masih lagi mencucuk developer atas janji pahit diaorg.. mmg hampeh la kalau tak mo buat.. apa pun tak boleh...

Bila dah berpagar.. x reti2 nak cari jalan?
Chif macam dah biasa je buat keje ni? hahaha...
Mesti kaki fly masa sekolah ni..
Dah lepas pagar dah.. dengan senang hati melambai2..

Aik.. dah boleh pakai ke ini KLSE?..
Punya beso bas kilang dah belasah highway ni..

Yang ni lepas dapat layan downhill panjang,
Masing2 tersenyum puas.. meleleh air liur geng GBS..

Perghh.. dah nak sampai garisan penamat.. senyum je chif...
Kalau korang perati belakang chif tu nampak bumbung rumah..
Tu la indah height/block 6 BTP..
Dekat je siottt.. weii kasi bikin la ini exit..
Developer ni tak pikir ke market price rumah sini boleh naik? boleh kasi increase buyer, investment la ni..
kata bangang karang marah .. eh.. teremosi lak.. 
argghhh kayuh beskal lagi baik la..

Monday, June 20, 2011

Capati Ride Episode 12 - ARB+BBB+YAKFUR riders..


Bro Azman dan kuda hijau putih nya..

Lama tak update blog ARB ni.. rindu ke??? hehehehe

Malam Khamis 15/6 yang lepas.. capati ride agak meriah..
12 riders kayuh bersama. Yang penting nak meraikan member dari Country Home 
dengan Orbea baru nya.. hebat.. silau mata memandang.

Umar dan Rizal.. 
Umar dah sampai tp kasut lak tertinggal. Last2 dtg tengok je..

Cikgu dan sahabat Orbea baru..hehehe

Ni stretching ke bersilat bro..

Aboi BBB, orang lama..

Geng Yakfur dh sampai..

Tu dia... berdesup ye.. mentang2 la tak panas...
hehehee

Tahniah dan selamat berkayuh..

KAYUH STILL ON...

Monday, May 23, 2011

REVISIT HASH TRAIL - 22/5/11 (JW Cylist + Klang + Country Home + K.Selangor riders)


Minggu ini trail hash  ARB diserbu lagi.. memang ramai.. dah macam 2nd Hash. Yang dalam pantang larang pun tak boleh tahan tengok crowd.

Apa yang boleh dikatakan, ramai yang tak puas melayan trail kami. Masih nak rasa macam mana lazat bermain drop dan switch back, thrill melahap downhill, ketegangan mendaki, meliuk2 menyusur single trail dan teknikal downhill yang puas bila sampai ke bawah.

Tak percaya? Silalah berkayuh di sini... perlu guide?Anda tahu nak hubungi ARB kan..


Kali kedua CHif turun selepas insiden yang tak sedap.

Selepas drop section teres ARB



Alamak..tak habis2 rider yang turun.. jenuh menunggu

Tunggu pun tunggu la.. janji meriah bro..

Rest selepas roller coaster.. menunggu yang tertinggal

Chif bersama rider dari Klang.

DI puncak bukit menara

Selepas lazat melayan downhill twin tower.

SELINGAN - VIDEO UTK ANDA.



ANDA BILA LAGI?
KAMI SGT2 MENGALU-ALUKAN KAYUHAN ANDA DI SINI..

TQ MTB FRENZ.... SEE YA!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails