IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Tuesday, May 3, 2011

Sg Samak 30/4/11

Atas cadangan Bain untuk melayan trail di Sg Samak.. maka berkunjung la 3 riders, ATan dr Bt Arang, Zaly dan Haizat dari BTP ke destinasi. Sampai di meeting point dah ramai rider yang tunggu..

Mak Oii.. rasanya2 lebih dari 20 org la hari tu.. meriah2.. apa yang boleh dikomen?

Trail yang santai.. gradually up and down. merentas 2-3 anak sungai. Cuma hajat Bain tidak kesampain untuk membawa kami melayan teres di sg samak.. takpe bro.. ada masa kitaorg dtg lagi boleh tunjukkan teres tu.

Thanks Bain!
Bain.

Atan

Geng2 Strange MTB dan TNB



Haizat



Selamat berkayuh semua!!

Saturday, April 30, 2011

Bash #199 - Tinjauan Kali ke 3 - 24/4/11



Bro Kelolo yang begitu rajin dan bersemangat.. sedang berbincang bersama Bro Azmi Orbea.
Laluan mana yang terbaik?


Gerabak recce menunggu instruction dari KAPLA!!


Saksikan saja perbincangan di setiap junction.
Laluan banyak.. nak yang mana ni? tolak mcm teluk batik? nk mcm pacat trail di frim?
atau ala2 PCP dan Kiara??
Yang biasa2 je la.. karang ada yang menyumpah2 plak..




Yang penting kita Enjoy ride kita bersama2.. 
Macam bro kat atas tu... haaa.. lega rasanya.. tak tau la apa yg lega tu...

See yaaa...

Tuesday, April 19, 2011

MTB1 BTG KALI - VIDEO UNTUK TATAPAN ANDA!!





NAMUN BEGITU, TERIMA KASIH JUGA ATAS USAHA PENGANJUR KERANA BERTUNGKUS LUMUS MENJERNIHKAN KEADAAN DAN TETAP CUBA MENYELESAIKAN DAN MENGAKHIRI JAMBOREE INI DENGAN BAIK...

SECARA KESELURUHAN, MAKANAN, MINUMAN, LUCKY DRAW, GOODIES DAN LAYANAN PADA HARI EVENT ADALAH BAIK. KEBERANIAN DAN KETERBUKAAN PENGANJUR MEMULANG KAN KEMBALI WANG PENYERTAAN ADALAH SANGAT DIPUJI.

HANYA KESILAPAN DAN KEKELIRUAN KEPUTUSAN PENGANJUR SEWAKTU KAYUHAN BERJALAN ITU YANG MENYEBABKAN EVENT MTB1 INI MENJADI KUCAR KACIR DAN MENGECEWAKAN PARA RIDERS.

APA KATA ANDA?

DAN KATA ARB PULA:
KITA LUPAKAN APA YANG TERJADI KITA BUKA LEMBARAN BARU.
SO JOM KITA KAYUH UTK BASH#199 DI BANDAR TASIK PUTERI RAWANG, TRAIL HARES BY ARB. ORGANIZE BY KLMBH.
KITA LAYAN TRAIL ARB RAMAI2... DATE 8 MAY 2011 AHAD.

Monday, April 18, 2011

MTB1 - Batang Kali D'Day. (Apa Dah jadi??)


MTB1 Batang Kali.. adalah harapan untuk berkayuh pada minggu ini.
Bukan untuk ARB sahaja bahkan untuk semua penggiat MTB seluruh tanahair.
Sesetengah rider harapan mereka adalah setinggi gunung.
Kerana ada yang datang dari selatan dan utara semenanjung. Ada juga rider dari seberang, Sumatera Indonesia.

Bagi rider-rider yang mencari habuan inilah masanya kerana habuan tempat pertama, kedua disediakan sebnyk RM1500 dan RM1000.

Tapi apa dah jadi? Sendiri jawab bro.. sebagai sahabat kayuh, ARB cuma boleh ucapkan simpati terhadap penganjur dan dalam masa yang sama simpati untuk diri kami dan rider2 yang lain juga.

Permulaan yang baik, fokus dan penuh pengharapan..

Junior ARB.. first time join Jamboree, begitu excited namun
luntur semangatnya apabila marshall tahan dan suruh patah balik.

ARB riders yang bermula dgn semangat, akhirnya mental..


Perhatikan semangat riders ketika ini.. teruja untuk memulakan kayuhan.


Pandangan biasa semasa Jamboree..

Apabila sudah berpatah balik inilah jadinya.
Masing2 pening kepala..

Tiba di junction, dah tak tau mana jalan betul sedangkan tanda arrow
memang dah betul..tp marshall motor cross suh patah balik jugak!!

At last.. kena patah ke starting line semula.. terus park bike.
Rupanya dah ramai yang berkumpul.


Awek2 marshall pun gelabah tak tau nak buat apa..

Bain meluahkan perasaan.. saboje la..




Tengok apa dah jadi akibat urusan pengajur yang gagal.

Kesian pintu gerbang GIANT.. 
GIANT tak bersalah.. harap GIANT akan tetap sponsor Jamboree event selepas insiden ini.
Mungkin GIANT dan sponsor2 yang lain akan lebih berhati2 dan memilih event Jamboree yang dipercayai.



Kesian juga kat MC, sampai nak kuar duit sendiri untuk bayar balik fee kpd semua rider.
Bang.. pikir dulu sebelum bercakap. Jangan ikut perasaan.
Apa pun, ARB tetap puji atas ketabahan MC untuk menenangkan rider2 yang tengah mengamuk 
memaki hamun.



Sambil meredakan ketegangan, baik kita basuh basikal dulu..
Basikal kena air, harap2 hati pun macam kena air.. sojuk la sikit,

Untuk sejuk lagi, kita tunggu lucky draw.. mana tau no naik..

Itu lah dia MTB1 Btg Kali. Nak buat macam mana, penganjur kena terima hakikat sememangnya sudah dilabelkan ini lah penganjuran MTB Jamboree yang terburuk setakat ini.

Kepada sahabat rider yang lain, sekiranya terjadi lagi perkara2 sebegini dimasa2 akan datang,
sama2lah kita mengawal diri sendiri. Marah boleh, tapi janganlah sampai boleh mencetuskan pergaduhan.

Iktibar untuk kita semua. Aminn...

Thursday, April 14, 2011

ARB ke MTB1 Batang Kali




Nama dah kuar dah Bro.. kesian Chif kena pose kayuh.. baik2 nama dah in kena out la plak.. Tapi Chif tetap akan turun untuk memeriahkan suasana dan memberi sokongan kepada rider2 ARB.

Ok geng, Ride Safe.. jangan terburu nafsu, kalau mampu korang pulun la kaw2 ek...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails