IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Wednesday, March 9, 2011

FRIM Itu Tanah Tarak Rata OOooo


Macam biasa la nak kayuh dlm FRIM kena bayo 3 hinggit.. 
Tapi aku pikir kalu aku redah je agak2 diaorg nak kejo ke?
hahaha..
Tak baik. Ada muka kena blacklist plak.



Masa nak parking keta, ternampak muka bro Man geng kayuh di KKB dulu.
Cantik.. boleh la meramaikan kaum. Sbb yg join kayuh dr ARB cuma 5 org je.



Umar ni kira FRIM ni dah macam kampung dia. So no hal la dia nak kayuh
mana2 tanah yang tak rata kat sini.


So kitaorg layan dari Bukit Cina terus la kekaki steroid. Punya ramai kaum kayuh kat sini.
Sebelum panjat steroid, sempat layan power stick dulu.
Biasa la bila chif dah cucuh, anak buah pun follow la..


Tu dia, rider2 dah mula panjat, kami duk perati lagi.


Dah layan steroid, naik lak helipad.


Dah layan helipad kena la amik gambo kan.. hehe
Din.. ko bila lagi? hahahaa


Ni yang paling ganas kot, downhill dari helipad..
hujung2 ada tangga la plak.
Masa ni ada rider-rider PCC tengah pikir camne nak turun.
So Chif ARB kata, dia nak try dulu.. Perghh sukses bro!
Chif dapat tepukan gemuruh dari kaki kayuh yang dok perati..
Ada gak kuar dr mulut .. ehh nampak senang je.. Tapi tak jugak nak try..

 
 Tapi Izam lak masa dia turun sudah salah step la.. so dpt la luka ringan kat siku,
Hanger lak bengkok.. member kayuh pun dah tak syok.

Sebelum layan bukit syabas dan pacat trail, kitaorg singgah makan nasik lemak dulu.
Kebetulan ada satu company buat family day, dapat la layan diaorg tgh karaoke.
Sorry la, lupa plak nak shoot gambo.

Lepas makan, kayuh slow2 ke bukit syabas. Time ni lak rantai Izam putus. Memang majal la dia hari tu.
Lepas repair, Izam xde mood nak layan Bkt Syabas. Dia dan abg Man chicken loop tunggu kitaorg kat kaki steroid.

Camne pun dah lama tak layan kayuh heavy rasa puas betul.
Betul2 ho liau la..

Bila2 nanti bertemu lagi la ye FRIM.. yang mana rata tu kasik banyak lagi tak rata..
hamik ko..
 



Friday, March 4, 2011

TELUK BATIK JAMBOREE... TENGOK JGN TAK TENGOK..

TELUK BATIK JAMBOREE


NAMA DAH KUAR BRO... DAH SEMINGGU LEBIH DAH PUN, BARU HARI NI AKU NAK UPDATE SEBAB NEXT WEEK PUN EVENT TU. DAH TAK LAMA SO APA LAGI??
WEEKEND NI TAK RETI-RETI NAK KAYUH AMIK STAMINA?
JOM KITA KAYUH WEEKEND NI.
TUNGGU SEMBOYAN ANNOUNCE TEMPAT DAN DATE OK..

DAN SESIAPA YANG NAK NO DIA NAIK UTK LUCKY DRAW, KORANG CABUT NO KORANG SENDIRI LA.. HAHAHAHAHA

SELAMAT SEMUAAA....

Sunday, February 27, 2011

Sedap sungguh Asam Boi ni..


Tak Ramai yg kayuh hari ni.. Mungkin disebabkan hal family, personal atau rantai dah berkarat sangat sampai nak kayuh takut putus pulak rantai tu. huhuhuhuhu..
So ada la 6 riders je berkayuh hari ni. Atan kata ada geng KSCC nk follow, tp last minit tak jadi.
Bila tak ramai rider, best gak dapat kayuh ikut suka, so kali ni kitaorang dah nampak trail mana nak recce..
last 2 weeks, masa kayuh nampak cun je satu denai tu.. kali ni jom kita test!!



Yang ni lepas sessi membelasah teres 29.. lama betul tak main kat sini.
Bila lalu sini Din Jakarta (eh tersasul lak) dapat feel tayar kurang mantap. pelagi kasik pam lagi la.



Remaja ARB .. sian adik ni member dia x kayuh sama.
Jangan memain bro, Basikal made in ARB ni. Korang ada?




Ye.. sungguh cantik denai itu dan sungguh menarik bukit itu.. sayup je.
Dah berbukit2 kitaorg belasah.. ada lagi bukit rupanya.. 
So jangan disangka denai yang cantik tiada bukit ye..
Terer lg sekali aku buat pantun.. 

So nak bagi sejuk.. ada bukit ada bonus downhill jom belasah.



Di puncak!!.. best betul view dr sini.. Kota Puteri, BTP, Batu Arang.. Ijok.. puas menengok.
Atan jadi model kali ni.


Dan.. Sedap Sungguh Air Asam Boi ini..
Tersandar Din, sekali sedut separuh gelas habis.



Cikgu Khairul membuat kayuhan pertama kali selepas mendapat
Specialized Frame di Kayuh Lasak Penang.
Syabas Cikgu.

Wednesday, February 23, 2011

Rider Down.. Rider Down..!!



Bro tolong bro.. rider down..rider down..

Biasalah tu kalau dah main teres, pastu tgk member depan turun selamba je, ko pun nak belasah sama gak.
Agak2 la dik.. bak kata org2 tua, don't sangka clear water no boya..
Jangan ko sangka trail yang cantik teres tak berbahaya..
Kalau kail panjang sejengkal jgn ko duga teres yg dalam.. 
hahaha.. terer gak aku buat pantun.. korang ada???


Meriah gak ride hari ahad 20/2 kali ni. Ada 4 rakan MTB baru join ARB, ada yg dari Klang dan PJ.
Yang lagi 2 tu geng2 tasik puteri gak.



Cikgu Mus dengan gaya tersendiri.

Lepak berderet namanya..

 
Chif.. dgn Da Bomb kesayangan.. cantik rim, beli kat mana bos?

2 Sahabat, Bro Azhari yg pelawa ni.. next time jom kayuh lagi bro.

Uik.. lain macam je.. mengeliat ke bro?

Otai power ni..

Sunday, February 13, 2011

Santai Ride 12/2/2011


Salam pada kaki kayuh semua.
Tak sangka pulak kayuhan santai kali ini, ramai wanita dan anak2 yang nak follow.
Hampi 20 riders yg berkayuh hari ini.
So sebab nak layan rider2 yg baru berjinak dengan MTB, maka kami hanya berkayuh sekitar 15km sahaja.
Macam mana pun Chif tetap layan downhill batu. Macam kerenah yang ada.
So yang tak boleh turun berkayuh, tolak aje la ye.
Anyway, inilah yang dikatakan ARB. Tak memilih rider, tak kira bike cap apa, janji ada helmet ARB tetap melayan sesiapa saja.

ARB memang mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat dengan MTB untuk kayuh bersama-sama.
Bila kayuh, yang tak tau timing nak tukar gear, ARB akan tunjukkan. Bila downhill, rasa seriau ARB bgtau cara selamat nak balancing. Nak tau apa cara yang paling selamat kalau takut layan downhill?
Senang je bro.. ko turun tolak je la.. hahahahaha.. jgn marah haaa


Anak2 kecil yang begitu excited bila dapat beskal.. 
Kayuh elok2 ye dik.. ko tak dengar cakap, pakcik gantung beskal ko kat kelapa sawit tu.

Ni lak geng2 budak meningkat remaja.
Kuda liar ni.. susah betul nak jinakkan diaorg ni.
Korang memain lagi siap!

WELCOME BACK BRO AZMAN..

Chif dan Azman membuat penampilan dengan kuda baru.
Leleh aku nengok..

Bang Mawi.. sabo je la ye bila kawan kata besi buruk tu.. 
Tak patut betul member abg tu.

Mak Bapak.. Kaum Wanita dan anak2.

Bro Jo.. tengah pekena power bar ke bang?
Next week jgn lupa kayuh dgn kami lagi..

Dah nama santai.. berkelah betul kau...

Macam2 bike adaaaa...  pilih jgn tak pilih..
Siap bertongkat lagi.. layan ajeee...

Tima Kasih la kerana sudi berkayuh dengan ARB.
Yang mana nak pitam, lenguh2, tu biasalah.
Dah santai, next week leh kayuh heavy sket. OK?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails