Pages

Monday, October 24, 2016

Burung Hantu 2016 - 15 OKT 2016


Salam Geng, 
ARB Cycling Team kembali lagi utk Burung Hantu versi 2016.
Kali ni yang bertuah dapat bersama2 di Burung Hantu atas nama ARB ialah, Abg Farif, Zaly, Asba, Hj Umar, Hj Ir, Rosham, Saad, Anke David, Saiful, CP dan Ijan. 11 org jugak la..
Abg Farif dan Zaly bawak family.. so Homestay agak jauh dgn homestay org bujang.

Sebelum Kejadian.
Dalam kul 10pg, Abg Farif dah sampai rumah Zaly utk angkut beskal..
Asba, Saad dan Anke satu kereta 
Sempat plak diaorg ni main tangkap gambo..
Dalam kul 2 ptg semua dah sampai homestay masing2.

masuk je homestay, semua membuto.. Kumpul tenaga katanya,. malam nanti nak perah
Sebelum tu, Hj Umar dah g collect goodies. 3 org masuk race.. yg lain layan jamboree je..
Abg Farif dgn mem layan shopping kedai beskal.. sempat lg tu. sebenornya nak repair tubeless. 
Yg ni geng bujang lepas membuto bangun g makan lagi.. beso betul selera diaorg ni.

Zaly dan abg Farif lak layan kat starting point bawak anak2 jejalan.. ambil mood utk kayuh malam ni.. fuhh menarik Shimano Burung Hantu punya persiapan.




Malam Kejadian.
Bersama Aboi BBB dan Oren.. wow Oren dgn JC burung hantu baru.. fuhh 


ramai sungguh rider.. 700 racers, 1500 Jamboree. total 2200.
Masak kalau duk belakang2.. mmg jem sesaja la..
Epul, Ir dan Hj Umar.. 3 racers
Gambo geng bujang lain tak jumpa lak nak masuk dlm ni.. sorry ye banggg.

Aksi2 Dalam Trail.
Anke David 
Asba 
Asba lagik 
CP.. kesian, terjatuh selepas CP2 semasa single trail downhill.
Nasib baik takde patah2, boleh kayuh sampai habis lagi. Tapi berparut jugak la muka. 
Epul.. ada masalah kasut ke tu? 
Ijan.. pakai Jc HMR 
Hj Umar 
Abg Farif 
Zaly 
Ir. Rosham 
Abg Comel kita Saad. Ni je gambo yg aku ada..

Finish Line




Bila sampai.. semua cukup puas hati,, Alhamdulillah hampir semua ARB settle paling lama pun 3 jam lebih.. Ok lah boleh lemau badan kalau lama2 dlm trail. lagi la mlm2 mcm ni kan,

Trail kali ni mmg ohsem klu compare 2014. Yg diwarkan2 katanya agah susah takde la rasa susah sgt, Bukit semua sedap utk dikayuh.. downhill jgn cerita la, layan kan aje. Cuma 2 org rider yg kurang bernasib baik, jatuh jugak.. tapi masih boleh berkayuh sampai habis.

Goodies kali ni rasanya lagi menarik dari tahun2 yg lepas. Race dapat lebih items dr jamboree.. wow..

Kita org lepak jap pastu balik dulu mandi then dtg semula utk cabutan bertuah..
Yang tunggu lucky draw, Zaly, Abg farif dan Kak Ija LCT. 
Majal jugak.. sampai ke sudah tak naik.. adusss.. dah start kul 2 pg.. kul 3:30pg baru settle.

Kembali ke BTP
Awal pagi geng2 bujang dah breakfast.. boleh la balik terus tido.. 
Tak sabo2 dah sampai tol air keroh,

yang geng family, ronda2 cari asam pedas..kali ni port yang berlainan dr tahun 2014. fuhh rasanya yg ni lagi mantap.

Pastu masing2 gerak ke destinasi..

Alhamdulillah.. walaupun dah join burung hantu berkali2, tetap akan join jika diberi kesempatan lagi.
Meriah dan diberi pengalaman yang sentiasa berbeza,

T,Kasih ECC atas penganjuran terbaik setakat ini untuk edisi Kayuh Malam.

No comments:

Post a Comment