Pages

Tuesday, October 6, 2015

Plentong EPIC Ride 2015 - 03 Oct 2015


Salam geng MTB,
Dari 9 org registered, 7 yg dapat pergi, itu pun sorang tu last minit dipermudahkan urusan.
7 org, 3 buah kereta bergerak secara berasingan dari Rawang Ke Plentong Johor.

Last kereta, pukul 1:30 pagi baru sampai homestay.. mmg keje giler ni.. tido 3 jam.. esok nya nak lenjan 70km.. kalau road takpe gak.. ni Epic ni oiii..
So kali ni yang menyahut cabaran Bro otai Azlin, Atan, Otai Farif, Malek, Kamarul, Izam dan Zaly.
Actually ni 1st time ARB join Plentong Epic Ride walaupun Epic Ride ini sudah diperkenalkan sejak tahun 2010. Tahun ini edisi ke 4 selepas, 2010, 2011 dan 2013. Edisi ke 5 akan datang pada tahun 2017 insyallah.

Di depan Homestay b4 bergerak ke Starting point.

Di Depan LOGO EPIC Ride 2015

STARTING LINE
Menunggu flag off, Dengarnya hampir 900 riders

DALAM TRAIL

Abg Farif di depan..


Laluan bercanopy.. mmg cun

Patut boleh kayuh.. terjebak menolak ni,. naya duduk belakang2 ni..

Jem lagi bila nak masuk single trail

Diselang seli jugak dengan cross paya dan sungai,, pasir halus

Sungguh mantap single trail.. tapi tak best bila ada rider stop.. potong stim

kena cross anak sungai lagi.. jem lagi bahh


Menuju water station.. tapi kena panjat bukit pencawang kemudian downhill dan cross sungai lagi
Malek senyum je..

AKSI-AKSI ARB

Abg Farif

Zaly

Kamarul

Atan

Izam

Bro Azlin.. apsal la jauh no snap gambo ni..

Lagi Aksi2 menarik..


Photo yg paling ohsemmm .. terbaek & terima kasih kpd sniper.. jasamu dikenang bro






ARB salute kat Cyclemotion/Penganjur atas hidangan trail yang betul2 mantap.. nak cerita pun susah, hanya sapa yang pergi dan berkayuh tahu perbezaan Plentong Epic Ride.
Kali ini Epic ride dihidangkan dengan 2 loop total 70km, Setiap loop sepanjang 35km. Untuk meneruskan ke 2nd loop rider kena habiskan 1st loop b4 11:30am.
Hampir 95% Offroad dan mostly single trail.. Ohsemmm wa cakap lu.. naik muak beb.
Bayangkan laluan single trail getah, bermain dengan akar, tanah gambut yang basah.. kemudian diberikan technical trail yg ohsemm.. ala2 PCP.. keluar sebelah tasik dan tanah lapang..
Seriously, Kami respect sama penganjur. sanggup diaorg buat trail sebegini sejauh 70km.
Dengan bayaran hanya RM50. walauwehhhh..
Ini baru betul MTB Jamboree yg terbaek.

Tahniah kepada 4 org rider ARB yang berjaya conquered Plentong EPIC Ride dan di isytiharkan Hardcore MTB rider oleh penganjur.. 
iaitu: ATAN, BRO AZLIN, IZAM DAN BRO FARIF.
Lagi 3 org tak sempat nak kejar cutoff time akibat leka duduk belakang menolak dalam jem..
takpe.. dah rasa, kalau ada rezeki dan umur panjang kita henjut lagi 2017. Teruskan usaha lagi,

OFF to Rawang
Petang rehat jap.. malamnya 5 org gerak balik semula ke Rawang.. on the way back pekena Mee rebus Tulang di ZZ restoran.
Sedap betul Atan menyedut


Tamat kisah EPIC 2015..
Ok Geng... korang kena try event ni.. cubalah.. kayuh mmg penat, tapi puas tak semestinya dapat..
Nak puas.. ni dia PLENTONG EPIC RIDE!!

KAYUH ON! ON!

2 comments: