Pages

Friday, October 16, 2015

Ekspedisi Cabaran Sehati Sejiwa 1Like 1Km 572Km - Kisah Otai Farif ARB.


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Pada tarikh 6 hingga 10 Oct 2015, Abg Farif memulakan kayuhan Ekspedisi bersama Pinky WR dari Putrajaya ke Trengganu melalui N9 dan Pahang.
Alhamdulillah, beliau telah selamat pergi dan pulang.

Banyak pengalaman2 sepanjang kayuhan bersama Pinky WR dikongsikan oleh Abg Farif kepada kami. Sesungguhnya, team Pinky WR, terutama rider2 wanitanya sememangnya berjiwa kental.
ARB sangat-sangat menghormati mereka.. Tak semua rider dapat melakukan kayuhan sejauh ini melainkan dengan kurniaan Rezeki dari Allah swt. Kerana rezeki Allah itu bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi meliputi badan yang sihat, mental yang kuat, masa yg terluang dan juga pengorbanan keluarga2 selama 5 hari berjauhan dengan mereka.. 

Tahniah sekali lagi.. mereka sudah buktikan, bagaimana pula kita?.. aikk.. gulp insyallah ada rezeki kita follow..

Peta Laluan day 1- day 5. Jumlah sebenar jarak kayuhan ialah 631.3Km

Bersama Pinky WR

Wow sudah sampai bukit putus

Sempat plak dating.. tak takut kena rotan dgn akak ke bang? kekekeke


Memang syok.. tapi ada gak sengsaranya.. yg tu simpan elok2 buat memori

Sudah sampai Palong 16



Sudah di Kuantan


Wow, Terengganu sudah..


Malang juga, kerana disengat lebah.. bengkak tangan. Namun masih mampu meneruskan kayuhan sehingga garisan penamat.

Bersama Mission Cooling Towel.. T. Kasih sponsor!

Bersama Peminat Katanya.. Jeles wa..

Hari Ahad Malam.. Kami yg berkesempatan Taib, Zaly, Jaya dan Atan bersama Kak Ija (wife Abg Farif daa) menjemput Abg Farif di tol Gombak.


Selepas siap loading beskal.. singgah makan malam di Gombak..

So kawan2 ARB.. kita beruntung sebab dah ada otai yg berpengalaman kayuh jauh2 ni..
Apa plan?? hehehehe

Terima Kasih dan Tahniah kepada Pinky WR diatas kejayaan ekspedisi ini dan perkongsian pengalaman bersama Abg Farif kita...

Keep Rolling Bro...

No comments:

Post a Comment