Pages

Monday, September 21, 2015

KLMBH HASH #251 KOTA PUTERI/BT. ARANG - 6 SEPT 2015

Assalamualaikum semua MTBians...
Kali ni 3 Org ARB saja yang layan Hash. Dah lama tak layan event KLMBH ni,
Boleh dikatakan tak jauh dari BTP, so kami bertiga decided kayuh saja ke starting point di Kota Puteri.
9:15am, Briefing, pastu ON! ON!

KLMBH sediakan 2 laluan, Short dan Long.
Short 15km sahaja.. Long 31km.
Jangan dinilai dengan jaraknya. Mari cuba..

Trail2 Hash ini ditandakan dengan ceraian2 kertas yang ditabur sepanjang laluan. Jangan sampai leka kerana anda boleh tersesat.. sebab tu jangan percaya sangat dengan rider didepan.. kalau dia lost dengan kita2 pun terjebak..


2 gambar atas ni, hasil dari percaya org depan la.. habis kusut masai.. sesat jadinya.
diaorg ni pun hampeh jugak..

Nasib baik trail ni mainan ARB.. homeground la katakan.. so kami bertiga pusing semula, diaorg nak follow ke takmo diaorg punya pasal la..

Jalan kebenaran... hahaha.. kompom layan dragon back.. tapi kali ni terus ke hujung tanduk.. biasa sampai kepala je.. naya betul..

Ini ke arah scorpion trail atau jalan ke CP2 ARB Green Ride 2014 

Ini laluan baru Hash.. skip kebun nangka tapi still menuju Zig Zag

Tu dia .. rindu sungguh dgn Zig Zag ni.. apa lagi layann.. (Hj Umar dan Rizal)


B4 sampai ZigZag, Tayar Hj pulak bocor.. tubeless tu, sealant pun dah kering.. nasib baik ada sealant spare dan CO2.. tak perlu penat2 pam.. tambah sealant, cucuk CO2, zassss.. settle.. mudah.
Sapa2 yg guna tubeless, pasti kan ada 2 benda ni semasa Jamboree. Tak sure mcm mana pakai, boleh tanya tuan kedai yang menjual.. kalau dia tak tau.. kasi sound, lain kali jgn jual.. 

Alhamdulillah.. done.. punya panas, lama tak layan trail hardcore..
barai betul rasanya.. 

On d way balik BTP singgah minum.. 1 gelas tak cukup ooo

31km + pegi balik BTP + pusing2 sesat.. 

Hajat nak KLMBH Hash tercapai,. Alhamdulillah

Keep Rolling Bro...

No comments:

Post a Comment