Pages

Wednesday, February 18, 2015

ARB Reunion Ride - Le Tour De Fraser - 1 Feb 2015




Assalamualaikum wbt.

Mula2 sekali kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt yang telah menjadikan impian ARB menjadi kenyataan. Bukan setakat berjalan dengan baik, namun memberikan rezeki lagi apabila adanya penaja2 yang ingin bekerjasama dengan ARB.

So, rider2 ARB bukan sahaja dapat Tshirt eksklusif berkualiti yg hanya berharga RM10, malah mendapat botol air beserta power bar energy drink, Spider tech dan juga limited mission cooling towel. Terima Kasih kepada Sponsor Kami.

Ini adalah kali ke 3 secara formalnya ARB membawa rider2nya ke Fraser, nampak seperti dirancang2 pula kerana jarak tahun nya adalah sama iaitu 2 tahun sekali bermula 2011, 2013 dan kali ini 2015.

Rombongan kali ni lebih meriah dengan kehadiran lebih daripada 30 orang. Selain dari mendapat sponsor, ada 2 jelitawan sudi menemani abang2 sado ARB utk menjadi support car + camera woman kami.. wow! jangan marah ye..

ANTARA BARANGAN TAJAAN

T-Shirt Eksklusif untuk rider yang berkayuh.


 
Botol air yang siap berisi Energy Drink
Untuk Memberi Tenaga Tambahan

Mission Cooling Towel
Sangat selesa dan dapat menghilangkan kepanasan dengan segera. kalau guna waktu panas terik memang best sangat2, tak perlu nak cari tempat teduh pun.

Spider tech
Selain menghilangkan kesakitan, boleh mengurangkan ketegangan otot ketika berkayuh.
Selesa dipakai, boleh dibawa mandi dan tahan hampir 3 hari jika tidak dibuka.

Wow - Rider2 ARB telah mencuba dan sangat menggalakkan semua rider2 diluar untuk mencuba dan rasai sendiri perbezaannya.

DI TAPAK PERMULAAN

Seperti tahun2 sebelumnya, tempat permulaan ialah di Dam Kuala kubu. Selepas subuh terus gerak. 7:30am tiba, breakfast, serahan goodies semua settle, 8-8:15am tayar pun bergolek.
Breakfast + Lunch juga ditanggung. Apa nak lagi, bawak basikal kayuh aje la..

Ber kain lagi si syafiq ni.. 

Suasana pagi yang damai..

Menikmati sarapan pagi ditepi empangan.. memang best.. asyik dan damai

Serahan goodies

Ye bang.. cepat sikit bang.. nak golek dah ni

Rizal the cooker

Woi Syafiq, bila nak salin ni.. oppss pak maun jajan.. kakakaka

Relax2.. jangan gaduh.. sabo yee.. hahaha

Jaya Niner sekrang.. asyik kena kutuk je.. tak boleh jadi ni.. Cikgu Mus, welcome back

OK.. amik sorang satu botol air + energy drink,.. Ada org sponsor ni.. kayuh laju2 tau

BERMULANYA KAYUHAN

Selfie dulu

Kayuhan bertenaga sambil menikmati keindahan pagi yang damai..

Senyuman manis

Terima kasih kepada Jurugambar dengan hasil yang amat cantik untuk santapan mata..

1st CHECK POINT

Ini tempatnya...

Air dan pisang menanti...

Berehat sebentar

Rizal pun guna spider tech

Atan dan Malik mempromosikan product2 tajaan, energy drink dan cooling towel




OK, cukup la tu posing.. jom golek semula ke puncak


MENUJU PUNCAK

Malik dan Atan

Rosham Yess

Abg Rashid

Tuan Saad

Rosli aka Pak Maun jajan

Terima Kasih pada Cik Photographer

Malik, Abg wazir dan Khair.

Di GAP


  


Amboi suka ye.. ada 8km lagi,. jom gerak

Abg Wazir

Sweeper penyayang Abg Farif dan Rani

DIPUNCAK FRASER


Abg Farif sweeper pun dah sampai

Rosham Yess, katanya hutang sudah berbayar..
Alhamdulillah, rezeki Allah kepada hambanya.. mari makan



Hadi dan Oren.. gambo klasik, tq tuan Mohd Bikerz

Selepas makan, solat.. apa lagi.. jom posing...





SELINGAN

Mentang2 ada gadis2 yg bawak support car, sampai 4 basikal cedera parah.. dapat la diorg naik keta dgn awek.. cisss dulu2 takde lak jadi macam ni.. hahahaa
Kejadian pertama, RD patah.. pakai single speed kayuh dan tolak sampai atas..

Kejadian kedua pun sama..

Ni pun sama

Ini masa downhill pulak tercabut ... bawak jajan sambil nangis kena tinggal sorang2
hati panas, tekan gila babi sampai tanggal.. gila la pak maun..

Jaya memang sinonim dgn tayar, tayo pecah.. bersusun beskal dalm pajero.. nasib baik muat.


Ini lah wanita2 nya.. yang baju biru tu jantan ye...terima kasih Cik Fara dan Nasha.
Next time, join lagi ye.. Dan tak lupa juga ucapan terima kasih tak terhingga kepada Abg Farif kerana mengizinkan Pajeronya digunakan sebagai support car.

On the way balik, mcm biasa ada yang bersuara nak ngeteh dan makan.. singgah di Mama Seafood Rawang.. ARB berkumpul lagi sebelum masing2 berkonvoi pulang..
Tq Mr Oren atas foto ini..

Terima Kasih Semua, Event ini adalah hadiah penghargaan dari ARB kepada semua rider2nya.
Semuga ikatan persaudaraan kita bertambah kuat. 

Amin..

P/s: nak tgk lebih banyak photo, sila ke SINI

No comments:

Post a Comment