Antara event yang ditunggu-tunggu oleh ARB. Nak tau jugak macam mana tingginya gunung yang nak dikayuh nanti. Tak ramai yang join jugak dari ARB walaupun register agak memberangsangkan. Cuma 4 org saja dari ARB yang berkunjung ke Tangkak Johor, (my negeri ni!!) iaitu Hadi, Azlin, Wak dan Zaly.
Gerak selepas Jumaat lebih kurang jam 5pm dr Rawang selepas settle setting basikal Wak.
Bro Azlin test kekuatan ikatan basikal.. karang jatuh basikal ni kata aku sabotaj lak..
Berhenti sekejap utk Solat Asar dan Isi Minyak di RnR Air Keroh
Lebih kurang 7:30pm sampai depan homestay. Tunggu tuan tanah hantor kunci..
Lepas mandi, solat maghrib melawat tapak flagoff di dataran tangkak/ledang.
Tu dia.. posinggg...
Pagi jam 7am dah get ready.. kitaorg kayuh je dr homestay.. tak jauh pun lebih kurang 2km je
Sebelum sampai tapak flagoff, amik breakfast dulu.. pekena roti canai dan kopi .. perghh
Dah sampai tapak flagoff.. posing jap dgn geng2 dari Muar Johor.
Macam tak ramai pulak masa kayuh ni.. maybe sebab kesan dari kejadian di Janda Baik.
Harap2 penganjur jangan serik dan improvekan mana yang kurang untuk masa depan sukan MTB.
Sebagai penganjur kita kena belajar dari kesilapan.
Gambar2 bawah ni antara trail2 yang dihidangkan kepada peserta.
Terbaik untuk penganjur. Berbaloi ARB turun dari Selangor.
Best layan downhill, ada ala2 kayuh lasak selepas CP3, puncak tertinggi.
Cuma marshall agak kurang..
Brader ni kesian.. dari bwh aku dengar dia tanya kat rider2 nak pinjam special tools. Sebab semuanya buat dek.. aku pun keluarkan tools utk brader ni repair saddle dan seatpost.
Rehat jap.. kena cari tandas dulu.. paip bocor beb..
Hadi... laju juga aku sbb boleh kejar mamat ni. On road mcm pelesit.. ciss
Mamat ni kurang oksigen.. b4 aku sampai rider lain mcm tak amik berat pun. member dia sendiri pun cuma biarkan dia terlentang. Marshall pun mcm kurang pengalaman. So apa yang aku buat. (just to share)
1. Suruh member dia duduk kan mamat ni dan bersandarkan lutut dia.
2. Bukak Zip jersey.. bagi lega sikit haba badan direct keluar.
3. Aku suruh marshall cari kain atau kotak utk kipaskan mamat ni.
4. Aku hulur Coklat/makanan dan energy drink suruh dia makan dan minum.
5. Bila dah boleh bercakap. Amik air mineral basuh muka dan kepala, suruh dia berdiri dan jalan slow2.
Masa dia terbaring, macam tak bernyawa mamat ni..
Next time, kawan2 tolong2 la rider2 lain, pertolongan yg tak seberapa mungkin boleh membantu utk rider2 lain habiskan kayuhan juga.
menuju CP3
Di puncak CP3, ada pulak rumah tgh2 hutan ni..
Hadi dah nak makan ayam.. sbb aku ada, tak jadi la dia nak cilok.. hehehehe
35km je.. tapi puas...
Tak lucky lagi.. bila la nak hilang majal ni.
punya la panas. tapi penari ni senyum je.. cover line la tu.
Beratur makan.. asam pedas sedap.. lauk kampung lazat
Dah sampai homestay.. basikal wak dah siap setting.. nak balik dah
singgah pekena mee bandung muor..
Hadi sebagai tuan tanah bwk kitaorg ke sini.. mmg sedap. beza betul dgn mee bandung muor celop kat KL.
Sebelum mee bandung sampai, layan kupang masak berlada dulu.. perghhh
Layan...
Best trip kayuh kali ni. Kalau ramai ARB yang turun lagi meriah..
Homestay besar dan bersih.. setakat masuk lagi 10 org no hal..
Ada rezeki kita kayuh ramai2 lagi.. Insyallah.
Bro, jom la kayuh, kesian basikal jadi tukun tu.
Adios..
No comments:
Post a Comment