IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Tuesday, April 15, 2014

KDCF Trail 13 April 2014

Minggu ni asal perancangan ARB ialah berkayuh di FRIM beramai2. Apa kan daya pada minit2 terakhir, tak semua dapat berkayuh pada hari sabtu 12 April 2014. Mana yang masih boleh berkayuh, tetap teruskan plan ke FRIM. Makanya, pada hari sabtu, Atan, Sham, Wak dan rakan lain berkayuh ke FRIM, dan esoknya Ahad, yang mana lutut menggigil terketar2, membuat plan berkayuh ke KDCF.

Pada yang tak tau apa itu KDCF, ni ha Kota Damansara Community Forest.
Masa ARB berkunjung, KDCF ni sudah ada 4 trail iaitu

1. Petaling Trail
2. Scout Trail
3. Temuan Trail
4. Sahabat Trail

Dr berita yg didengar, sahabat trail baru saja dibuat dan belum siap sepenuhnya.
Oleh sebab hanya Norjaya saja pernah berkayuh di KDCF maka dia kena jd kepala membawa kami bertiga yang lain iaitu Umar, Azman dan Zaly.

Kalau anda pernah melayan Kiara, trail ini boleh la dianggap salah satu saingan yg terdekat utk kiara.. mungkin dah lama sangat tak layan trail technical menyebabkan rasa teruja meluap2 dtg membuak2 walaupun sudah keluar dr loop. Nak gambo kan perasaan tu agak susah.. nak tau jugak datang la berkayuh sini.. satu loop cuma 4-5 km saja. kalau rajin buat la 2-3 loop kasi puas.

Nak tau lebih lanjut? klik sini http://kotadamansaraforest.org/trail-network/

Macam biasa, jom layan gambo...


















Monday, April 14, 2014

ARB IS BACK ...

Salam kembali..

Wow.. lamanya bertapa.. keluar2 terus ada macam-macam isu.. antara isu terhangat (all about cycling la bro..) hijrah 26er to 27.5 or 29er...

So there is no right or wrong answer.. nak tau lebih lanjut boleh refer link dibawah yang mana aku rasa antara rujukan terbaik untuk korang baca sebelum korang decide untuk tukar atau upgrade. Anyway yg penting RM lah... seluk poket baru tanya selera.

Good Luck.

http://www.bike198.com/26-vs-29-mountain-bike-debate/

http://www.pinkbike.com/news/26-vs-275-vs-29-Wheels.html

Cerita kayuh ARB??... tungguuu.....banyak ni.. tak tau nak kuar mana satu dulu..

Tuesday, November 19, 2013

Melawat Wak di Country Home - Sg Buaya Trail - 20 Okt 13

Salam Kayuh sahabat..
Agak lama tinggalkan blog ini jadi kekok nak bercerita tentang pengalaman ARB. Tiada update bukan disebabkan kami tidak berkayuh. Kayuh tetap kayuh, bagai post sebelum ini, selagi ada kudrat kayuh tetap diteruskan.

Sebagaimana yang anda semua tahu, ARB agak sibuk dalam penganjuran Jamboree Green Ride pada 5 Januari 2014 akan datang menyebabkan masa agak terhad untuk kami postkan diblog ini. Oleh itu ikutilah perkembangan persiapan ARB Green Ride 2014 kami di Facebook event kami DISINI dan ARB Green Ride blog DISINI.

Dalam kesibukan mencari laluan, kami luangkan masa juga untuk berkunjung ke trail Wak di Country Home.
Korang layan lah gambo kat bawah tu.. Kali ni ada rider dr bt arang, bukan ATAN, tapi NorJaya. Laluan agak berlumpur dan lecak sebab hujan pada malam hari. Takde la jauh sgt, lebih kurang 25km je.
Tak silap ada 13 riders kali ni, Din Scott, Haizad dan anaknya, Norjaya, Saiful, Adam, Izam, Zaly, Anak Sham, Rani, Wak, Azmi dan Lan.

Dah tak sabo nak kayuh ni

Mak Jemah bertengkek2.. puii

Puii lagi.. salah jalan daa.. gostan weiii.. apa barang ni

Lecak dan ada titi jugak..

Rasa macam nak duduk cangkung sambil pegang joran pulak..  syok weii 

Perghh.. kabus lagi.. sejuk je.. tapi badan dah start panas ni..

Tak sampai Sg buaya lagi.. tayar dah berlumus..

Jaya punya saddle prob.. skrew dah loose

Apa lagi dapat lah rest buta..

Ok, dah settle kita kayuh lagi..

Eksen la budak ni bila nampak camera

On d way balik jumpa tok batin minta izin

Haizat kata gambo ni punya color composition cun.,.

Wak kata la kayuh kat new zealand..

Memang terbaik la wak.. Tak sangka wak dah siapkan juadah bila dgr ARB nak dtg melawat.
Terharu siott..

Terima Kasih ye Wak.. mcm ni kena datang selalu. Semuga rezeki wak melimpah ruah..

Dah melantak tak reti2 nak balik ke? keta dah tunggu..

Babai.. 
Bro, lu apasal tak mau kayuh bro? Sedih la wa mcm ni..
Hehehehe

Monday, October 7, 2013

PENDAFTARAN JAMBOREE ARB GREEN RIDE SUDAH DIBUKA



SALAM KEPADA SEMUA RIDER MTB YANG TELAH SEKIAN LAMA MENANTI UNTUK MENDAFTAR.

BERITA BAIK PENDAFTARAN UNTUK ARB GREEN RIDE 2014 SUDAH DIBUKA BERMULA HARI INI DAN AKAN DITUTUP PADA TEPAT JAM 12 MLM 1 DISEMBER 2013.

SEBAGAIMANA YANG DIBERITAHU, JUMLAH PESERTA ADALAH TERHAD, GUNAKAN MASA YANG ADA UNTUK MENDAFTAR.

MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI BLOG RASMI JAMBOREE ARB GREEN RIDE 2014.

TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA.

Friday, August 2, 2013

KAYUH SEBELUM RAMADHAN 7 JULY 2013

Umar 29er dan Din 650b

Pantas sungguh masa berlalu.. dah nak raya dah.. 
cerita kayuh sebelum Ramadhan baru nak dipostkan.

Kayuh kali ni tak ramai yang follow, cuma 4 org saja. Masuk je offroad, Abg Syam kena patah balik sebab masalah teknikal. Takde rezeki nak follow.
So 3 org riders ni meneruskan perjalanan.

Abg Syam pun 29er

Syam, Zaly dan Din

Melambai pulang.. 29er prob.

Ada sangkut.. kasi repair, Din pun nak pasang dapur


Apa yang menarik?

Choose your path

Kayuh dalam terik

Settle..

Jumpa lagi kawan2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails