IMAG2526

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2530

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2548

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2521

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

IMAG2041

Nice Photos for your eyes

From ARB Cycling Team.

Wednesday, November 7, 2012

YCC Lake Princess Fun Ride D'Day - 4/11/2012


Alhamdulillah walaupun bukan ARB yang menjadi host, tapi kami berbangga sebab sahabat kayuh kami Yaafur telah berjaya untuk membawa seramai mungkin kaki kayuh MTB ke laman kayuhan kami (ARB/YAAFUR dan BBB) di Tasik Puteri. Rata-rata, YCC fun ride telah mendapat makluma balas yang positive dari peserta.

Jika anda menjadi follower di ARB Cycling Team Group FB, mungkin anda tahu penglibatan ARB dalam event ini. Walaupun trail hanya 26Km, tapi agak secukup rasa untuk semua golongan dari beginner hingga ke hardcore rider untuk melayan nafsu masing2. Dan sesuai la dengan nama fun ride yang diberi.

Bagi Pihak Yaafur Rakan Kelab kayuh di Bandar Tasik Puteri, ARB ingin menyampaikan rasa terima kasih penganjur kepada semua peserta yang menyokong YCC (Yaafur Cycling Club) Lake Princess Fun Ride.

Next Time jika Yaafur buat lagi, kemungkinan 40KM trail kita hidangkan untuk kaki2 MTB.

Antara aksi-aksi peserta.







Junior2 ARB

Luqman@Semboyan Jr.

Adam@Umar Jr.


Antara Marshall2 yang bertugas..



Tahniah kepada Yaafur Cycling Club (YCC) yang dapat menganjur satu MTB Jamboree bercorak fun ride dengan jayanya.
Satu acara yang simple ringkas tapi padat dan dapat memberikan kepuasan kepada peserta.

Dan

Tahniah juga kepada anda peserta yang menyokong acara YCC Fun ride ini.

Akhir Sekali..

ARB ingin juga berterima Kasih kepada rider2nya yang volunteer untuk menjadi marshall membantu Yaafur dalam event ini iaitu:

Azlin, Rani, Hadi, Azman, Wak, Paei, Haizat and Son, Bro Azhari, Umar the runner dan Bro Wazir.

  KAYUH SELAGI ADA KUDRAT!!!

Saturday, September 29, 2012

SELAGI ADA KUDRAT!!


SALAM BUAT SEMUA.
Lain macam entry kali ni.. luahan perasaan untuk pemangkin diri sendiri dan kawan yang lain juga.
Takut jadi tabi'i, lena diuilt mimpi..

Back to XTVT kayuh la.. sebelum apa2, minta maaf la kawan2. susah benor nak cari ruang untuk update blog. So kali ni kita bagi lump sum punya cerita.. liputan meluas.. korang jangan pikir blog tak update, ARB tak kayuh.. adoo.. gilo ke nak baring pagi petang siang malam kat umah.. lembu pun rajin mengunyah bro..

KAYUH MERDEKA 31/8/12
So.. lepas raya kena pulak cuti hari merdeka.. so ARB buat kayuhan merdeka bersama2 rakan berjiran Yaafur Bikerz.. ni ha gambo kat bawah ni.. aku cilok dari album Mohd Bikerz.. sorry bro mintak halal ye..
Azlin, Wak, Hadi

Layan 2 beradik.. 2 je.


KAYUH 2/9/12
Tak Ramai.. rasanya 3 riders je, Din Scott (dengar dah layan road pulak..lajuu.), Azlin dan Azman.

Syok betul diaorg ni layan bertiga.. jelessss

KAYUH 8/9/12
Kali ni agak meriah.. ni pun cilok dr Mohd Bikerz hehe..
Umar ada, Joe Yaafur ada, Otai Bro Wazir.. dan Mail pun join...

Lepas kentut, masing2 gelak... apa pun tak boleh.. 

KAYUH 9/9/12
Semalam dah kayuh, hari ni kayuh lagi.. memang power la..
Izam, Azman, Joe, Taib, amik gambo Din Scott..
Diaorg kata diaorg tunjuk umah aku.. takpe aku percaya.. tima kasih.

Pit Stop macam ni ok la jugak..

TAPI kalau mcm kat bawah ni..

Agak melampau bro..

KAYUH 15/9/12 dan 23/9/12
Seronok sungguh... tersengih je kayuh memanjat

Katanya 4 kali pancit kayuh 15/9 ni.. ada toyol tumpang ke??

Bawah ni.. yang lain pegi SBCC jamboree, so yang 3 org ni tak dpt join, kayuh je kat BTP,
ARB dan Yaafur (Rani, Joe dan Mail)

Akhirnya, dapat gak aku update.. yezzzaaa.. bukan apa.. nanti bila2 rasa rindu.. boleh la belek2 blog ni tgk aktiviti2 kayuh kita ye tak??...

So geng.. selagi ada KUDRAT... jom la kita kayuh.. hargai/syukur atas KUDRAT yang Tuhan anugerah kepada kita.. Insyallah.. utk riadah dan sihat.

Sunday, September 9, 2012

4 AUG 2012 KAYUH MALAM RAMADHAN


(Gila lama tak update..)
Sebelum start kayuh.. Umar membuat soal selidik bersama Inspektor Lim Gerak Khas..
Mengambil fakta tunjuk sebab diatas kegagalan Inspektor Lim turun latihan kawad Basikal malam ni.. Apa la Din.. Ni baru betul Janji Capati.. kehkehkeh..

Bro Azman mcm busan je.. ye la.. masa ni rider tak ramai lagi..

Atan, Bro Joe pun ada malam ni.

Bain Pun ada... haaa kan meriah tu..

Dah start dah.. macam biasa, Bro Azmi, Umar, Adam, Joe and son, Bain, Atan, Azman, Semboyan..Ramai jugak.. boleh la layan..




Amacam?? Malam layan offroad.. kira prepare utk burung hantu 2012 la ni..

Ok sahabat.. teruskan kayuhan.. aktiviti sihat ni.. semuga yang sihat bertambah sihat, dan yang mana kurang sihat.. akan kembali sihat.. dan bila dah sihat jangan malas nak kayuh pulak.. karang menyesal..

Adiosss..chaloo betty...

Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan Nite Ride - 28 July 2012

Antara Rider2 yang bersemangat waja.. dr kiri: Wadi Bg, Bro Joe, Azman, Umar, Rani. Belakang tu si Aboi la apa lagi.. kata nak kayuh bro??

Umar Jr. Adam, Ku Fazli pun ada malam ni..

Alhamdulillah.. seperti yang dirancang akhirnya 10 riders turun untuk mencabar diri sendiri.. dah lama sebenarnya tak kayuh malam melayan offroad.. kali ni leader of the day, Azmi Orbea nak bawak masuk ke trail Hash Bt. Arang. Alamak... banyak anjing ooo ini route... manyak leceh loorrr... hahahaha

Trail ni mmg mencabar sbb tak 1st time nak layan malam.. lampu lak malu2 biawak... kalau bawak spotlight mmg cantekk... dah mata rabun mlm.. naya .. sampai tergolek la Bro Azman..punya mengelak lubang kiri kanan.. dugaannn tu.. nanti kat Burung hantu kira kacang je laa..

Trail ni pun banyak climbing yang agak2 technical.. memerlukan kesabaran mental ketika melayan climbing.. bila downhill memang geram.. tapi takut tersembam dek lampu yang malu2 biawak.. terpaksa dipendamkan jee.. jaga la nanti layan siang lepas raya.. hahaha

eh.. ada gambo lagi.. layan dulu..(sebenarnya malas nak cerita .. apsal tak mo follow?)

Pintu masuk ke Kilang yang banyak anjing liar.. puuiiii... boring betul layan anjing ni..

huuuuu... muncung kasik kureng kan sikit abg man.. aiseyy kasi cover lorr..
Take rest selepas melayan puncak2 dragon back.. jangan tak tau sini pun ada dragon back untuk MTB..
Kasi masuk Oksigen banyak2 lepas ni ada satu lagi mau panjat..

Lambat sgt korang ni,. tepi sket bg aku layan dulu... asam pedas dah menggelupur dalam perut aku niii...
Kuwe ojo koyo ngono Rani.. alon-alon... (bahasa jerman)

Tempat 10/2= 5.. apa tu.. 5 riders terpaksa makan KFC.. banyak sgt krem..
krem kaki, krem perut.. eh mcm2 la...

Ku Fazli krem lagi masa on d way balik.. takpe slow2 jgn paksa..
Janji kayuh enjoy..

Sampai port ngeteh.. laaa ramai rider ponteng lepak sini.. kantoii..
Hahaha..

Anyway, satu aktiviti kayuh malam yang best.. Terima kasih yang sudi berkayuh lagi..
Terutama bro Wadi yg datang jauh dari Jalan Duta ke Rawang..

Saturday, August 4, 2012

Best..nye kayuhhhh - 15 July 2012

Dari Kiri: Captain Ya'afur, Rani, Izam, Azeman dan Wak Country Home(sampai la ni aku tak tau nama betul ko, teruk betul la, panggil Wak Hantu, Din marah pulak)

Assalamualaikum.. salam sejahtera..
Acara Kayuh Siang (Day Ride) sebelum bulan Ramadhan Al Mubarak, 6 Riders je sudi berkayuh.. macam mana pun kayuh tetap meriah, lebih2 lagi hadirnya Captain Ya'afur. So, kayuhan yang bermula pukul 8pagi, slowly masuk LTM mengikut laluan lama.(Hash 2010) memanjat separuh Bukit Senyap kemudian melayan downhill.. jumpa bukit, then downhill lagi mmg enak.

Alhamdulillah, sempat melawat Kota Puteri kemudiannya menembusi Bt Arang dengan laluan offroad baru.. terus reverse ke Banglo dan menyongsang ke arah hutan Bt. Arang dan Tasik Puteri. CP terakhir pekena Cendol opposite Bai World lebih kurang 11 pg. Cukup utk 30++km dgn kayuh yg begitu santai. Sambil Kayuh boleh borak2 beramah mesra. b4 12:30 tghari dah boleh lepak dgn family.

Harap2 diizinkan Tuhan, insyallah dapat la kayuh macam ni lagi..

Baru nak climb, rantai Capt. putus pulak.

Dah settle.. jom gerak..

Muka masing2 tak puas layan downhill.. hehehe syok la tak penat..

Take 5, santai2 pun kena la layan bukit jugak.

Rider2 laju fullsus tepaksa kayuh slow hari ni.. santai la katakan.. hehehe

Sambil beriadah, dapat merehatkan minda.. jauh dari sibuk dan tekanan.. chewaahhh

Cuaca pun macam support kitaorg kayuh je haritu.. alhamdulillah..

Jom kayuh dan bergembira bersama2.. badan sihat minda pun cergas.. ye haaaa...

Ye haa.. tgk trail.. amacam?? syok broo..

Last CP.. laaaa gerai cendol pun baru nak set-up.. takpe kitaorg boleh tunggu.. 
Hari masih awal lagi.. 

Terima Kasih kepada rider2 yang berkayuh pada hari ni.. Ada masa lagi.. kita test trail lain pulak.. Janji kayuh enjoy..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails